Kanak-kanak yang dipilih untuk upacara pengorbanan kaum Inca adalah “digemukkan” dengan diet protein yang tinggi dalam bulan-bulan yang membawa kepada kematian mereka, satu kajian baru telah menemui.

Penyelidik Andrew Wilson dan pasukannya telah menjalankan ujian-ujian kimia dan DNA sampel rambut yang diambil daripada empat kanak-kanak mumia yang dijumpai di gunung-ganang Andes dalam 1990an.

Dengan mengkaji nisbah-nisbah kehadiran bahan kimia pada rambut, pasukan itu menolong menunjukkan bagaimana mangsa-mangsa telah disediakan untuk kematian selama setahun sebelumnya, dihantar dengan perjalanan tanah tinggi yang sukar, dan diberi ubat sebelum upacara-upacara korban.

“Penemuan-penemuan ini menawarkan wawasan kepada peringkat-peringkat penyediaan yang membawa kepada upacara pembunuhan Inca, seperti yang diwakili oleh upacara capacocha yang unik,” kata laporan itu, merujuk kepada tradisi Inca iaitu pengorbanan kanak-kanak di puncak gunung.

“Ia adalah menyeramkan bahawa kanak-kanak itu sendiri, melalui tisu mereka sendiri, memberi kita butir-butir grafik dan bukti bahawa mereka tidak terbunuh pada satu dorongan tetapi adalah sebahagian dari satu proses rumit yang mana mereka telah dipilih pada suatu masa sebelumnya,” kata Wilson, seorang pensyarah dalam bidang sains arkeologikal di Universiti Bradford, Britain.

Laporan dari National Geographic , 3 Oktober 2007