Ahli-ahli sains telah membongkar beribu-beribu mikrob laut – termasuklah bakteria yang tidak pernah dilihat sebelum ini – berkembang maju dalam laut dalam berdekatan dengan pecahan dalam kerak bumi di mana cecair-cecair hangat dan air laut sejuk bercampur, penyelidik-penyelidik Amerika Syarikat berkata pada hari Rabu lalu.

Menggunakan teknik penjujukan DNA baru, penyelidik-penyelidik telah mengenal-pasti sebanyak 37,000 jenis bakteria berbeza berhimpit-himpit dekat dua lubang udara hidroterma pada sebuah gunung berapi dalam air berdekatan perairan Oregon.

“Banyak bakteria ini tidak pernah ada dilaporkan sebelumnya,” kata Julie Huber dari Marine Biological Laboratory di Woods Hole, Massachusetts, yang mana kajiannya muncul dalam Jurnal Sains.

Huber dan rakan-rakan sekerja di Joint Institute for the Study of Atmosphere and Ocean, University of Washington, mengambil contoh-contoh daripada dua lubang udara hidroterma di gunung berapi laut dalam Pasifik, Axial Seamount.

“Anda telah perolehi cecair-cecair panas yang ada benda-benda dalamnya seperti gas hidrogen dan sulfur, yang bukan benda-benda yang anda jumpai dalam kelimpahan dalam air laut biasa. Mereka bercampur dengan air laut yang kaya dengan oksigen yang sejuk ini.

Laporan dari Reuters , 4 Oktober 2007