Terapi hormon yang dimulakan beberapa tahun selepas menopaus tidak memperbaiki fungsi mental, tetapi ia boleh meningkatkan keinginan seksual, penemuan penyelidik-penyelidik. Sifat pelupa adalah lebih memberi masalah untuk wanita sepanjang dan selepas menopaus daripada sebelumnya. Adakah ini bermakna perubahan hormon punca putus haid satu kemerosotan dalam fungsi mental? Dan jika demikian, bolehkah terapi hormon membantu?

Kajian-kajian mencadangkan bahawa terapi hormon dimulakan semasa putus haid (menopause) dapat memelihara fungsi mental. Bolehkah terapi hormon kemudiannya berbuat yang sama?

Dalam satu kajian yang dibiayai oleh Wyeth, pembuat produk-produk hormon Prempro (estrogen lebih progesteron) dan Premarin (hanya estrogen), 180 orang wanita sihat dimulakan mengambil sama ada Prempro atau pil-pil plasebo (benda yang tidak berbahaya diberikan sebagai ubat) tidak aktif satu ke tiga tahun selepas menopaus.

Selepas empat bulan rawatan, penyelidik-penyelidik Pauline Maki, PhD, University of Illinois di Chicago dan rakan-rakan sekerja memberi wanita-wanita sebiji bateri ujian fungsi-mental. Di kalangan ukuran-ukuran lain, mereka juga memberi wanita satu ujian yang menilaikan keseksualan mereka, termasuk pemikiran seksual dan minat dalam seks.

Terapi hormon tidak membantu ingatan wanita. “Hasil-hasil ini adalah menyerupai kajian-kajian lalu bahawa terapi hormon mempunyai kesan minimum ke atas ingatan seorang wanita apabila diambil banyak tahun selepas putus haid,” Maki berkata dalam satu siaran berita.

Tetapi apabila dalam bab keseksualan, ia adalah satu cerita lain. “Tahap keinginan seksual dilaporkan oleh wanita yang menjalani terapi hormon bertambah 44%,” Maki berkata. “Dan jumlah pemikiran seksual bertambah 32% berbanding dengan kumpulan yang mengambil plasebo.”

Kajian Maki baru saja bermula apabila hasil-hasil dari Inisiatif Kesihatan Wanita menunjukkan terapi hormon yang dimulakan selepas menopaus menambahkan risiko seorang wanita mengalami kanser payu dara tanpa mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian Maki itu sampai ke akhir secara mendadak sebelum ia boleh mendaftar seberapa ramai wanita seperti yang dirancang. Ini bermakna keputusan itu terpaksa diterima walaupun mungkin sedikit pahit.

Kajian muncul dalam isu 25 September, jurnal Neurology.

Sumber : Maki, P.M. Neurology, Sept. 2007; vol: 69 pp. 1322-1330. Siaran berita, American Academy of Neurology.