Wanita-wanita yang didiagnostik dengan kanser payudara metastatik yang juga pernah bertahan dengan trauma dan hal-hal yang amat tegang melihat kanser mereka berulang lagi hampir 2 kali lebih cepat dari wanita-wanita lain, menurut satu laporan oleh saintis Pusat Perubatan Universiti Rochester.

Kajian kecil yang retrospektif menunjukkan bahawa wanita-wanita yang menghadapi penderaan fizikal atau seksual atau situasi ancaman nyawa melihat kembalinya tumor metastatik selepas kira-kira 2.5 tahun, berbanding dengan wanita-wanita yang hidup mereka lebih aman, yang melihat pengulangan semula kira-kira 5 tahun.

Sementara beberapa kejadian yang dilaporkan adalah kurang biasa dari yang lain, mereka semua mengambil tol ke atas wanita-wanita, saintis percaya mungkin boleh menyumbang kepada pengulangan penyakit.

“Ada perbezaan yang dramatik antara wanita-wanita yang mengalami perkara trauma dan siapa yang tidak,” kata Oxana Palesh, Ph.D, pengarang pertama kajian dan professor pembantu kajian Radiation Oncology and Psychiatry di James P. Wilmot Center di Pusat Perubatan Universiti Rochester. “Secara terangnya kajian ini mendemonstrasikan yang adalah penting untuk sembuh dari trauma atau suasana ketegangan untuk kesihatan mental dan fizikal anda.”

Hubungan di antara ketegangan dan kanser payudara telah dikaji dengan banyak, bagaimanapun hasil-hasilnya adalah masih suram. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa ketegangan boleh mengubah fungsi kekebalan tubuh, aktiviti sel-sel pembunuh semulajadi adalah berhubung dengan progresnya kanser payudara. Tetapi para saintis ada lagi kesulitan menunjukkan hubungan antara ketegangan dan perkembangan kanser payudara. Beberapa kajian skala besar telah menunjukkan hubungan-hubungan antara keadaan ketegangan hidup terkini, seperti kematian pasangan, risiko kanser payudara, sementara yang lain tidak. Para saintis adalah ditarik minat dengan bukti konflik, dan kajian masih berterusan.

Dalam usaha terkini ini, pasukan ini telah menginterview 94 orang wanita dari area teluk San Fransisco dan mengkategorikan pengalaman hidup mereka sama ada sebagai trauma atau ketegangan, dan membandingkan mereka dengan kumpulan wanita kawalan yang tidak menghadapi situasi yang serupa. Peserta-peserta melaporkan pengalaman trauma seperti penderaan seksual sewaktu kanak-kanak, rogol, anggota keluarga membunuh diri, hidup dengan mak tiri, gempa bumi, perceraian atau ada anggota keluaga masuk penjara.

Dalam tiga kumpulan kajian, 39 wanita telah dilaporkan mengalami kejadian trauma dalam sejarah mereka, dan jarak masa bebas penyakit penengah adalah 2.5 tahun. Bagi 27 orang wanita yang mengalami keadaan yang tegang, adalah 37 bulan , iaitu melebihi 3 tahun. Dan kumpulan terakhir 28 orang wanita yang dilaporkan tiada stress atau trauma dalam sejarah mereka, jarak masa bebas-penyakit penengah adalah 62 bulan, iaitu lebih 5 tahun.

Kesemua wanita yang didiagnos adalah pada lewat 40an, dan 85 peratus dari mereka adalah berkulit putih. Analisa demografi menunjukkan bahawa 69 peratus telah berkahwin dan 19 wanita dalam kumpulan stres dan trauma telah diceraikan dan menjadi janda.

Kajian ini juga melibatkan analisa tahap cortisol dari contoh air liur peserta. Cortisol dikeluarkan apabila tubuh menghadapi masa-masa ketegangan, dan ada bukti yang membesar yang secara abnormal memanjangkan masa pengeluaran cortisol menyekat respon kekebalan tubuh. Ini berpotensi untuk membuatkan tubuh lebih mudah untuk berlaku kembali kanser, kata Palesh.

Kajian ini telah diterbitkan pada September dalam Jurnal Kajian Psychosomatic oleh para saintis dari Pusat Perubatan Universiti Rochester dan Sekolah Perubatan Universiti Stanford.

Laporan dari Pusat Perubatan Universiti Rochester , 27 September 2007