Pendedahan pada ozon telah dikaitkan dengan kajian sebelum ini kepada radang penyakit paru-paru dan kematian, terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai penyakit paru-paru kronik.

Para pengkaji mendapati bahawa apabila mereka mendedahkan tikus kepada tahap-tahap ozon yang tidak sihat kepada manusia dan kemudiannya mendedahkan tikus yang sama kepada bakteria E. coli dalam bentuk aerosol, paru-paru haiwan itu semakin meradang dan rosak, membenarkan bakteria untuk menyerang.

Sel-sel kekebalan kritikal yang melawan penceroboh luar di dalam paru-paru mereka juga mati, membenarkan bakteria untuk terus tersebar. Para saintis juga menemui kesan itu bukan hanya terhad pada paru-paru. Tikus-tikus yang terdedah kepada ozon juga didapati sel-sel sistem kekebalan yang berkitar dalam darah mereka juga menjadi semakin rendah.

“Dalam tikus yang terdedah pada ozon, laluan udara paru-paru menjadi hiperaktif dan kami dapati konsentrasi tinggi pada sel-sel radangan,” kata John Hollingsworth, ahli pulmonologi dan juga ketua pengarang kajian.

Para pengkaji percaya bahawa tahap-tahap ozon rendah sebenarnya menawarkan sedikit perlindungan kepada paru-paru.

“Jumlah kecil bahan luar yang disedut boleh menjadi bahaya, kerana mereka menstimulasikan respon kekebalan semulajadi yang sesuai yang melindungi paru-paru,” kata Hollingsworth.

Tetapi dengan tahap-tahap ozon yang tinggi, seperti mana yang digunakan dalam kajian, perkara yang sebaliknya akan berlaku. “Ozon menyebabkan sistem kekebalan semulajadi menjadi bertindak balas lebih, membunuh kunci sel-sel sistem kekebalan, dan kemungkinan membuatkan paru-paru mudah dipengaruhi oleh penceroboh yang datang berikutnya seperti bakteria,” kata Hollingsworth lagi.

Kanada berusaha untuk merendahkan tahap ozon atas tanahnya. Dalam bulan Jun 2000, kerajaan persekutuan, wilayah dan daerah melainkan Quebec telah menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Piawaian luas-Kanada untuk Bahan dan ozon Tertentu (Canada-wide Standards for Particulate Matter and Ozone). Piawaian ini membuatkan kerajaan memberi komitmen untuk mengurangkan bahan tertentu dan ozon atas-tanah menjelang 2010.

Laporan dari CBC News , 1 Oktober 2007