Para pengkaji menemui bahawa para wanita yang mempunyai kerja yang sangat mendesak adalah 30 peratus lebih mudah mengembangkan kanser payudara dari mereka yang merasa mereka dapat mengatasi kerja mereka.

Kajian selama 14 tahun itu melibatkan 36,000 wanita Sweden, berumur antara 30 hingga 50 tahun, yang bekerja sejak kajian bermula pada 1990. Kajian itu telah mendapat kesimpulan pada tahun 2004 dan menemui bahawa 767 sukarelawan telah didiagnos dengan kanser payudara.

Bilangan kes kanser payudara bertambah dengan lebih kurang 30 peratus pada wanita-wanita yang mempunyai kerja yang tertekan. Faktor-faktor lain seperti pengambilan alkohol, bilangan anak, berat dan umur , juga diambil kira. Para pengkaji mendapati tiada hubungan antara tekanan dan kanser di kalangan para wanita yang bekerja sambilan.

Sebab mengapa tekanan mungkin menambah risiko adalah masih tidak jelas, walaubagaimana pun kajian menunjukkan ia akan meningkatkan tahap estrogen yang mana akan menambahkan risiko kanser.

Laporan dari Fox News , 1 Oktober 2007