Vaksinasi zaman kanak-kanak untuk virus rubela mungkin juga hampir semuanya boleh menyingkirkan penyakit mata bagi populasi penduduk di Amerika Syarikat, menurut satu kajian penyelidik-penyelidik di Universiti Illinois di Chicago.

Fuchs heterochromic iridocyclitis, atau FHI, adalah satu radang penyakit mata yang kronik yang menyebabkan katarak dan glaukoma dan boleh menjurus kepada buta. Tidak terdapat lagi rawatan yang berkesan.

“Kita tidak tahu apa yang menyebabkan FHI,” kata Dr. Debra Goldstein, profesor madya oftalmologi dan sains-sains visual di UIC. “Kecuali kita telah melihat perubahan dalam kejadian penyakit itu dan dalam komposisi jumlah pesakit dengan penyakit itu – lebih sedikit pesakit-pesakit FHI warga Amerika, dan mereka yang kita lihat itu adalah golongan lebih tua.”

Walaupun tidak mampu untuk memastikan punca FHI, kajian-kajian terdahulu telah menemui antibodi-antibodi untuk rubela di mata pesakit-pesakit FHI, mencadangkan bahawa virus rubela mungkin terlibat. Penyelidik-penyelidik UIC mencari bukti epidemiologi yang mungkin dapat menghubungkan vaksinasi zaman kanak-kanak untuk rubela, biasanya dikenali sebagai demam campak Jerman, dengan berkurangan pada kejadian FHI yang mereka telah perhati.

“Kita telah membuat hipotesis bahawa sekiranya ada hubungan antara rubela dan FHI, maka kadar kes-kes FHI yang kita lihat di UIC akan berkurang selepas program vaksinasi rubela negara dan peratus penambahan kes-kes FHI adalah dalam pesakit-pesakit yang datang dari negara-negara tanpa satu program vaksinasi,” Goldstein berkata.

Pesakit-pesakit dengan FHI dan dua jenis lain radang penyakit mata yang telah dilihat di UIC antara 1985 dan 2005 telah dikumpulkan dengan dekad kelahiran mereka untuk menentukan sama ada peratusan dengan penyakit FHI berkaitan dengan dua radang penyakit mata lain. Peratusan pesakit FHI kelahiran luar Amerika lawan kelahiran Amerika dan dua kumpulan kawalan adalah juga dibandingkan.

Bagi pesakit-pesakit kelahiran Amerika yang lahir sebelum vaksinasi rubela (1919 – 1958 ) peratusan FHI dan dua radang penyakit mata yang lain adalah lebih kurang sama. Tetapi di sana terdapat 69 peratus kejatuhan dalam bilangan pesakit FHI yang lahir dekad berikut (1959 – 1968 ) dan selanjutnya 40 peratus kejatuhan bagi yang lahir daripada 1969 ke 1978. Hanya seorang pesakit FHI yang lahir sepanjang dekad 1979 – 1988 telah dilihat.

Atas tempoh-tempoh serupa, peratusan pesakit-pesakit FHI yang lahir di negara asing bertambah dibandingkan dengan yang dikawal. Vaksinasi rubela dilaksanakan di Amerika Syarikat dalam 1969. Sejak 1977, dianggarkan 60 peratus kanak-kanak telah divaksinkan, dengan 80 peratus penurunan dalam kes-kes.

Pada masa kini, kanak-kanak biasanya menerima dua sukatan vaksin pada masa mereka berusia enam tahun. Hasil dari program vaksinasi, majoriti kes-kes rubela AS sekarang berlaku pada individu yang lahir luar AS.

Kajian dikeluarkan dalam isu September American Journal of Ophthalmology. Penulis-penulis lain mengenai laporan ini adalah Dr. Andrea Birnbaum, Dr. Howard Tessler, Dr. Frederick Oh dan Weihua Gao dari UIC; Dr. Kara Shultz dari Universiti St. Louis; Dr. Phoebe Lin dari Universiti California, San Francisco; Dan Marilyn Farber.

Laporan dari Universiti Illinois , Chicago