Salaam alaikum.. Ana saja mahu pesan kepada semua, jika sekiranya anda ada menerima mesej ke handphone anda berkenaan dengan cabutan bertuah ke, menang apa-apa peraduan ke, sila abaikan kesemuanya. Kerana itu semua adalah scam dan menipu belaka untuk kedarah duit kita.

Sekadar mahu bukak-bukak minda. Tiada orang yang mahu memberi hadiah yang banyak kepada kita seperti yang tertera pada mesej-mesej cabutan bertuah itu. Anda pun mesti faham , bahawa sesuatu syarikat yang mengadakan cabutan bertuah ke apa ke yang seumpamanya akan mengumumkannya secara komersial, kerana tujuan untuk promosi syarikat masing-masing.

Dan jika sekiranya anda menerima mesej-mesej rahsia dan menang secara rahsia di telefon bimbit anda atau email begitu, itu sudah ternyata satu penipuan. Sila gunakan logik akal anda dan percayalah, tiada syarikat akan senang-senang bagi hadiah banyak-banyak kepada anda melainkan ianya ada unsur-unsur promosi, dihebahkan kepada umum dan seumpamanya.

Sekian pesanan dari ana dan semoga kita semua tidak tertipu. Gunakan akal dengan bijak, pelajari perkara-perkara yang boleh mengelakkan kita dari tertipu dan seumpamanya. Baarokallahu lakum, ma’assalamah 🙂