Salaaaam alaikum w.b.t.. alhamdulillah, roket yang dinaiki oleh Dr Syeikh Muszaphar sudah selamat berlepas. Dan semoga selamat belaka dalam misi membuat kajian dan selamat pulang. Sekurang-kurangnya kelibat beliau dapat menaikkan imej umat islam di mata dunia. Mengikis kerak-kerak tuduhan yang mengatakan muslim adalah terrorist.

Ana pun tumpang berbangga dengan seorang anak melayu beragama Islam ini. Walaupun kita bukannya membuat roket, tetapi kita hanya sebagai pengguna, tetapi sekurang-kurangnya dengan menjadi angkasawan pun sudah boleh membuka mata-mata asing. Apa lagi kajian yang hendak dibuat di angkasa sana adalah untuk kemaslahatan umum, bukan nya pergi buat maksiat, bina kelab malam, bina pusat judi dan sebagainya. Untuk itu kita sebagai umat Islam adalah berkewajipan untuk menyokong saudara muslim kita agar imej Islam semakin terhormat.

Sudah sekian lama imej muslim dilabelkan sebagai terrorist, semoga dengan rentetan peristiwa ini dapat menyemarakkan lagi semangat anak-anak muda kita untuk mengikut jejak beliau. Sekurang nya dapat mengurangkan lagi cita-cita nak jadi mat rempit ke, mat gian ke, mat bohjan ke yang tak ada pekdah apa2 tu. Cita2 untuk menjadi mat-mat tu hanya mengundang kerosakan , bukan sahaja kerosakan akhlak, tetapi juga kerosakan peradaban dan alam sekitar. Sesungguhnya Allah S.w.t tidak suka kepada manusia yang melakukan kerosakan, na’uzubillah.

🙂