Kejora (Venus), bukan Marikh, mungkin menjadi planet yang paling serupa dalam sistem suria yang juga mengembangkan kehidupan, kata ahli-ahli sains. Planet yang dibungkus awan itu paling mungkin bermula dengan lautan yang banyak serupa dengan bumi, yang meruap apabila Kejora menjadi semakin panas, menurut penyelidikan baru.

Lautan tidak akan hilang dalam semalaman, David Grinspoon dari Denver Museum of Nature and Science menyebut. Bercakap semalam pada satu mesyuarat ahli-ahli sains planet di Orlando, Florida, Grinspoon berkata bahawa keputusan permulaan model-model komputer baru menunjukkan Kejora mungkin telah menahan lautannya untuk beberapa bilion tahun selepas terbina, dan mungkin lebih panjang.

Model-model terlebih dahulu telah menandakan yang meningkatnya suhu planet Kejora telah mengubah lautan menjadi stim dalam awal usia planet itu 600 juta tahun.

Tambahan 400 juta tahun adalah malah lebih penting daripada yang didengar, Grinspoon menambah, kerana planet kejora yang awal adalah berterusan dibedil oleh asteroid-asteroid, mengurangkan kemungkinan hidupan. Penemuan baru mencadangkan bahawa lautan wujud untuk masa lebih panjang selepas serangan asteroid semakin perlahan.

“Di sana mungkin telah berlaku satu jarak masa yang besar apabila [Kejora] adalah boleh didiami,” katanya. Hari ini, bagaimanapun, Kejora adalah kira-kira 100,000 kali lebih kering daripada bumi dan bersuhu 860º F (460º C) di permukaannya, Grinspoon berkata.

Laporan kajian dari National Geographic