Salaam alaikum w.b.t… Menurut Livescience, David Levy di Universiti Maastricht , Netherlands telah meramalkan bahawa sekitar tahun 2050 nanti, negeri-negeri di Massachusetts, Amerika Syarikat kemungkinan akan membenarkan perkahwinan manusia dengan robot. Apa persepsi anda mendengar mengenai perkahwinan dengan robot ini?

Hubungan seks dengan alat-alat seks telah banyak berleluasa di A.S sekarang, dan alat-alat seks itu juga secara meluas dijual di kedai-kedai negara itu. Ini menunjukkan bahawa hubungan seks sekarang bukan hanya antara manusia dengan manusia atau dengan binatang, tetapi juga dengan peralatan elektronik. Dan ada perancangan sekarang untuk mewujudkan robot yang boleh memuaskan nafsu seks manusia.

Henrik Christensen iaitu pengasas European Robotics Research Network pula meramalkan yang manusia akan mula melakukan hubungan seks dengan robot 5 tahun dari sekarang. Dan yang dasyat lagi adalah kemungkinan akan membawa kepada perkahwinan antara manusia dengan robot. Ada pendapat psikologi mengatakan itu tidak mustahil kerana beberapa perkara. Antaranya kerana biasanya manusia akan berkahwin apabila terdapat keserasian pada personaliti, persamaan peribadi dan pengetahuan, perkongsian dan seumpamanya. Itu semua adalah apa yang terprogram dan boleh diprogramkan. Maka sebab itu lah ada pendapat yang mengatakan tidak mustahil manusia akan berkahwin dengan robot suatu masa nanti.

Dan ada pendapat yang mengatakan ada banyak kebaikan mencipta robot yang berfungsi untuk memuaskan nafsu seks manusia, antaranya dapat mengelakkan pelacuran, dapat mengelakkan kes-kes rogol, dapat memuaskan nafsu bagi orang-orang yang sukar untuk berkahwin, dapat mengelakkan penderaan seksual dan sebagainya.

Bagaimana pula pendapat anda? Ana yakin anda semua ada bermacam-macam pendapat dan komen. Sila kemukakan di sini agar dapat diperbincangkan dan menjadi pengajaran bersama dalam menghadapi cabaran globalisasi dewasa ini.

Wallahu a’lam 🙂