Kebelakangan ini, rawatan kanser payudara sering termasuk dalam perhatian oleh pakar onkologi, pakar bedah, ahli psikologi dan semakin bertambah, pakar pemakanan. Ramai pengidap Kanser payudara yang terselamat menumpukan makanan yang mereka makan apabila merancang pemulihan kanser payudara dan rawatan.

“Kami membantu pesakit-pesakit kami mentafsir segala maklumat bertentangan ini, semua kekeliruan kajian-kajian,” Jennifer Crum menyebut, seorang pakar pemakanan di Universiti New York, Institut Kanser.

“Hasil terakhir adalah kita betul-betul tidak tahu bahawa ada diet tertentu, mana-mana makanan khusus, yang wanita boleh ambil untuk melindungi mereka,” kata Dr. Anne McTiernan di pusat penyelidikan kancer Fred Hutchinson di Seattle.

Tetapi bagaimana dengan diet pencegahan kanser payu dara – diet rendah lemak penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran? Institut untuk Penyelidikan Kanser sebenarnya memberitahu pesakit-pesakit makanan ini “boleh melawan kanser di beberapa peringkat.”

Selain nasihat ini, tiada percubaan-percubaan klinikal yang pernah membuktikan berdiet begini sebenarnya menghalang kanser payudara. Banyak pusat kanser mencadangkan makanan-makanan ini tetapi bukan kerana mereka mungkin mengandungi mana-mana mineral yang menentang kanser.

“Ia membantu orang hilang berat badan, dan membantu mereka mengelakkannya,” Crum berkata.

Memelihara badan yang sihat adalah satu cara pencegahan kanser payu dara yang jelas dan konsisten. Pertukaran-pertukaran gaya hidup lain yang telah terbukti berkesan lagi iaitu hindari alkohol – dan bersenam lebih.

“Satu-satunya bukti konsisten [tentang apa] yang mengurangkan risiko berulangnya kanser adalah aktiviti fizikal dan mencapai dan memelihara berat yang sihat. Ia adalah satu-satu yang telah direplikakan dalam banyak kajian,” Crum berkata.

“Tiada zat makanan tunggal, tidak vitamin atau galian tunggal, tidak makanan atau kumpulan makanan tunggal akan secara khususnya mengurangkan risiko berulang-ulang kanser payudara anda.”

Laporan berita dari abc News , 10 Oktober 2007