Anak-anak petani kelihatannya mempunyai risiko rendah asma daripada mereka yang tinggal di bandar atau yang hidup dalam satu kawasan bukan pertanian sekitar luar bandar, menurut satu kajian oleh Universiti Alberta.

Analisis dua kajian yang melibatkan 13,524 kanak-kanak yang bebas-asma berumur kurang daripada 12 tahun di Canadian National Longitudinal Survey of Children and Youth (NLSCY) menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tinggal dalam sebuah kawasan ladang/kebun mempunyai risiko rendah asma berkembang daripada rakan-rakan seumur mereka yang walaupun tinggal dalam persekitaran bukan pertanian luar bandar, seperti kawasan perumahan dan bandar-bandar pedalaman, atau satu persekitaran bandar.

Dua tahun kejadian kumulatif asma ialah hanya 2.3 peratus pada kanak-kanak kawasan ladang/kebun, berbanding dengan 5.3 peratus untuk luar bandar lain dan 5.7 peratus untuk kanak-kanak bandar.

“Kanak-kanak kawasan ladang/kebun yang berusia satu hingga lima tahun juga membuktikan satu kesan perlindungan yang lebih kuat terhadap asma daripada yang berumur enam ke sebelas tahun, mungkin disebabkan oleh pendedahan terdahulu kepada persekitaran ladang/kebun,” William Midodzi menyebut, ketua pengarang kajian mengenainya dan seorang calon PhD di Jabatan Sains Kesihatan Awam di Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Alberta, Edmonton, Kanada.

Juga, golongan-golongan muda dengan sejarah penyakit asma pada ibu bapa hidup dalam persekitaran pertanian mempunyai kurang risiko asma berbanding dengan hidup kanak-kanak di desa yang bukan persekitaran ladang/kebun, manakala kanak-kanak dengan sejarah penyakit lelah ibu bapa hidup dalam kawasan bandar mempunyai risiko lebih tinggi bila dibandingkan dengan kanak-kanak yang tinggal di desa bukan persekitaran ladang.

Midodzi meramalkan pendedahan itu untuk sebatian-sebatian bernama “endotoxins” dari virus-virus binatang dan baja dan pengelakan persekitaran bandar awal dalam hidup boleh mengurangkan risiko untuk pembangunan asma.

Kajian ini menunjukkan bahawa kehidupan dalam sebuah persekitaran ladang/kebun mengurangkan risiko asma berkembang, berbeza dengan laporan kajian-kajian lalu yang mengatakan asma wujud adalah berkait dengan pendedahan kepada persekitaran pertanian. Penyelidik-penyelidik mempercayai bahawa pendedahan kepada endotoxins merangsang sistem imun dan membuatkannya sibuk melawan bakteria yang demikian mengurangkan risiko pada badan menjadikan perhatian imunisasi terhadap radang paru-paru yang menyebabkan asma.

Ahli-ahli klinikal yang merawat pesakit-pesakit asma boleh menggunakan penemuan ini untuk mengenalpasti kanak-kanak berisiko tinggi dan juga mendidik ibu bapa, kata pengarang bersama kajian tersebut Carina Majaesic dan Brian Rowe, saintis klinikal Universiti Alberta dan ahli-ahli fizik dengan bahagian Capital Health.

“Penyelidikan ini mencadangkan bahawa kita harus tidak menggalakkan kepada pendedahan zaman kanak-kanak kepada asap tembakau, menggalakkan penyusuan ibu, dan tidak bimbang dalam menjaga persekitaran kanak-kanak tersangat steril (tidak berkuman),” Majaesic menyebut.

Laporan kajian dari Universiti Alberta