Ahli-ahli sains menjelajah satu lurah samudera dalam pencarian spesies yang telah terpencil berjuta tahun menemui kehidupan laut yang dipercayai belum ditemui sebelum ini, termasuk seekor cacing bertentakel oren dan seekor ampai-ampai hitam yang luar biasa.

Ketua projek Dr. Larry Madin berkata hari Selasa yang saintis-saintis AS dan Filipina telah mengumpulkan kira-kira 100 spesimen berbeza dalam satu carian di Laut Sulawesi di selatan Filipina.

Bahagian paling dalam Laut Sulawesi adalah 16,500 kaki. Pasukan itu berupaya meninjau untuk satu kedalaman lebih kurang 9,100 kaki menggunakan satu kamera yang dikawal jarak jauh.
“Ini adalah mungkin pusat dimana banyak spesies berkembang dan merebak ke bahagian lautan lain, ia balik kepada sumber asal dalam banyak cara,” Madin memberitahu sekumpulan wartawan, pegawai kerajaan, pelajar-pelajar dan duta A.S Kristie Kenney dan kakitangannya.

Madin berkata yang spesimen yang mereka kumpulkan termasuklah beberapa spesis yang baru ditemui. Salah satunya adalah ‘sea cucumber’ yang hampir lutsinar yang boleh berenang dengan membengkokkan tubuhnya yang memanjang. Seekor lagi iaitu ampai-ampai yang ditemui di lantai laut.

“Binatang yang paling menarik perhatian yang ditemui adalah cacing warna oren yang penuh dengan duri-duri tajam yang mempunyai 10 sesungut seperti sotong, kata Madin”. “Kami tidak tahu apa kah dia , mungkin suatu yang baru”, katanya.

Dia berkata ianya mungkin akan mengambil beberapa minggu lagi untuk kajian ini menentukan sama ada spesis itu adalah satu penemuan baru. Dia menjangka untuk mengeluarkan laporan awal bulan depan.

Madin berkata bahawa Laut Sulawesi, dikelilingi oleh pulau-pulau dan batu karang cetek, adalah sebahagiannya terasing sekarang dan mungkin lebih terasing sejak berjuta tahun lalu, menjadikan saintis percaya bahawa di sana ada kumpulan organisma yang menetap di dalam lurah sejak itu.

“Ia membuatkannya satu tempat yang menarik untuk dikunjungi dan melihat apa yang akan kita temui,” katanya lagi.