Payudara adalah salah satu bahagian yang amat berharga bagi wanita. Tetapi satu kajian baru mendapati jumlah wanita yang mempunyai kanser pada hanya satu payudara membuang kedua-dua payudaranya. Dan semuanya ini berlaku dalam enam tahun ini. Sementara ia adalah masih satu pilihan yang jarang dibuat, kanser payudara kebanyakan di AS dirawat dengan kaedah lumpectomy, iaitu membuang tumor tetapi memelihara payudara.

Tetapi kajian baru mengusulkan 4.5 peratus pembedahan kanser payudara dalam tahun 2003 melibatkan wanita mendapat payudara berkanser dan sihat serentak dibuang, 150 peratus peningkatan daripada tahun 1998 – dengan tiada tanda bahawa trend ini semakin perlahan.

Penyelidik-penyelidik melaporkan pada hari Isnin dalam Journal Onkologi Klinikal, wanita muda adalah paling berkemungkinan untuk memilih operasi agresif itu. Kebimbangan ialah sama ada mereka memilih dalam masih hangat – pembedahan kanser payudara biasanya dalam tempoh dua minggu diagnosis – atau dengan kefahaman baik terhadap pro dan kontranya.

“Adakah keputusan-keputusan ini realistik atau tidak?” tanya Dr. Todd Tuttle, ketua pembedahan kanser di Universiti Minnesota, yang mengetuai kajian selepas sejumlah wanita mencari pilihan dalam hospitalnya.

“Saya takut yang wanita percaya dengan membuang payu dara bertentangan mereka adalah bagaimanapun dapat untuk meningkatkan selamat dari kanser payudara. Sebenarnya, ia mungkin tidak akan memberi kesan kepada selamat (dari kanser),” katanya.

American Cancer Society menganggarkan seramai 178,480 wanita AS akan didiagnos dengan kanser payudara tahun ini. Kira-kira 40,460 akan mati kerananya. Sesetengah wanita yang berisiko tinggi, lantaran gen-gen kanser payudara atau sejarah keluarga, memilih pencegahan mastektomi sebelum kanser menyerang.

Laporan berita dari msnbc health