Salaaaam alaikum w.b.t.. Saya tertanya-tanya, tiadakah dibuat akta bagi menghukum rakyat Malaysia terutamanya Melayu Islam ini yang terlibat dalam aktiviti berbogel / bugil / telanjang di tempat umum atau lebih spesifik lagi dirakam di dalam video-video dan diedarkan sebagai video lucah? Ini kerana saya melihat makin banyak video-video lucah yang dilakonkan oleh anak-anak Melayu Islam kita, astaghfirullah, yang rata-ratanya golongan muda-mudi.

Dan tidak kurang juga video-video lucah / seks yang dirakam secara curi terutamanya hubungan seks para artis , orang-orang terkenal dan sebagainya dan di jual ke khalayak umum. Dah la terlibat dalam aktiviti seks bebas yang merosakkan, siap cari rezeki pula dengan mengedarkannya dan membuka aib dan tidak kurang juga ada yang berunsur fitnah, haiiiiii …….

Apakah tiada diambil tindakan dalam hal ini? Kerana setakat ini saya tengok video-video tersebut semakin berleluasa dan bukannya semakin kurang. Maafkan saya jika saya tersalah di sini, sila betulkan jika ana tersalah ya.

Dah la laman-laman barat sudah semakin banyak laman-laman lucah dan semakin banyak yang sudah diberi lesen. Bermakna laman-laman lucah sekarang sudah semakin menjadi tontonan umum tanpa sekatan lagi. Ada beberapa laman yang direka seumpama laman YouTube tetapi bahan-bahan di dalamnya, na’uzubillah, semuanya adalah porno. Dah makin teruk dah jadinya sekarang ni. Saya tidak akan menyebut nama-nama laman itu di sini, kerana saya tidak percayakan kepada anda semua hehehe. Nanti tak pasal-pasal ana yang kena jawab dek kamu semua menonton dengan penuh ghairah di laman-laman tersebut, isy7.

Harap-harap ada lah sekatan dari pihak yang berwajib terhadap laman-laman seperti ini di Malaysia , Singapore dan juga Indonesia kita ini, kerana ia sudah semakin melampau sekarang. Tetapi tidak kurang juga ada usaha-usaha untuk membasmi porno ini yang dilakukan juga oleh pihak barat seperti Myspace yang baru-baru ini mengambil langkah positif dengan memban profil-profil porno dalam senarai ahli mereka.

Tetapi yang menyedihkan sekarang anak-anak Melayu kita pula yang makin nak lebih-lebih dan mahu menjadi artis porno pulak. Diharap mak ayah tu jaga-jaga lah bebaik anak masing-masing dan sentiasa monitor perjalanan hidup mereka. Jangan sampai salah seorang anak kita menjadi seorang artis porno nanti, na’uzubillah. Dan kepada mereka-mereka yang bercita-cita untuk berbogel di khalayak umum atau mencari rejeki dengan berbogel tu, insaf-insaf lah, takut lah kamu untuk membuat dosa-dosa besar itu.

Semoga fenomena Melayu Bogel ini dapat dibendung dengan secepat mungkin. Dan semoga Allah merahmati kita semua dan tidak menurunkan murkaNya ke atas kita, aaaamin ya robbal ‘aalamiin. Wassalaam w.b.t.. 🙂