Ratusan lohong hitam (black hole) “yang hilang” telah ditemui menunggu di dalam galaksi-galaksi yang berdebu berbillion tahun cahaya jauhnya.

<– Sebuah lohong hitam yang semakin membesar, dipanggil kuasar, boleh dilihat di pusat sebuah galaksi yang jauh dari sini dalam dalam gambaran artis ini. Kredit: NASA / JPL-Caltech

“Lohong hitam yang aktif, sangat besar ada di mana-mana pada awal alam semesta,” kata anggota pasukan kajian Mark Dickinson dari National Optical Astronomy Observatory di Tuscon, Arizona. “Kita telah berjumpa hujung bongkah-ais sebelum kita mencari objek-objek ini. Sekarang, kita dapat melihat bongkah-ais itu sendiri.”

Penemuan ini, terperinci dalam dua kajian yang diterbitkan pada isu 10 November Astrophysical Journal, adalah bukti langsung yang pertama bahawa kebanyakan, jika tidak semua, galaksi-galaksi besar di alam semesta yang jauh telah melalui masa muda mereka membina lohong hitam yang sangat besar di teras mereka.

Ia juga boleh menolong menjawab soalan-soalan asas mengenai bagaimana galaksi-galaksi yang besar seperti Bima Sakti berkembang.

Menggunakan X-ray Chandra NASA dan Teleskop Angkasa Spitzer, pasukan itu telah mengesan paras-paras tinggi cahaya inframerah luar biasa yang dikeluarkan oleh 200 galaksi dalam alam semesta yang jauh. Mereka fikir cahaya inframerah telah berlaku disebabkan penjerumusan bahan “Kuasar” – lohong hitam yang sangat besar dikelilingi kepulan debu dan gas berbentuk donat – di pusat galaksi-galaksi.

Galaksi-galaksi yang mengandungi Kuasar baru adalah semuanya berjisim yang sama dengan Bima Sakti, tetapi tidak sama pada bentuk. Mereka terletak 9 bilion ke 11 bilion tahun cahaya jauhnya dan wujud pada waktu bila alam semesta berada pada masa muda dan antara 2.5 dan 4.5 bilion tahun usianya.

Sudah berdekad lamanya, ahli-ahli sains telah meramalkan yang satu populasi besar kuasar sepatutnya dijumpai di suatu tempat yang jauh tetapi hanya dijumpai segelintir daripada mereka.

Kuasar baru yang ditemui mengesahkan apa yang ahli-ahli sains telah mengesyaki sudah bertahun-tahun sebelum ini: yang lohong hitam yang amat besar itu memainkan peranan penting dalam pembentukan bintang di galaksi-galaksi besar. Pemerhatian-pemerhatian mencadangkan galaksi-galaksi besar berterusan membina bintang-bintang mereka dan lohong hitam serentak sehingga mereka menjadi terlalu besar dan lohong hitam menindas pembentukan bintang.

Kuasar baru juga mencadangkan bahawa perlanggaran-perlanggaran antara galaksi-galaksi mungkin tidak sepenting terhadap evolusi galaksi seperti pernah difikirkan. “Ahli-ahli teori memikirkan penggabungan antara galaksi-galaksi dikehendaki untuk memulakan aktiviti kuasar ini, tetapi kini kita melihat bahawa kuasar boleh aktif dalam galaksi-galaksi yang tidak diganggu,” kata anggota pasukan kajian David Alexander dari Universiti Durham di UK.

Laporan kajian dari Space.com