Menambah pelindung matahari ke dalam senarai faedah kesihatan brokoli. Satu kajian baru mengesyorkan sayur kuat boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan oleh matahari. Penyelidik-penyelidik menemui sebatian sulforaphane, yang mana diperolehi dari pucuk brokoli, mengurangkan kemerahan kulit dan keradangan disebabkan oleh pendedahan terhadap radiasi ultraungu (UV – Ultra Violet).

Pengulangan matahari-membakar adalah berkait dengan risiko kanser kulit yang lebih tinggi, dan penyelidik-penyelidik berkata pengawalan kemerahan, terkenal dalam istilah-istilah perubatan sebagai eritema (erythema), mungkin adalah cara lain untuk melawan kanser kulit dan kerosakan kulit yang berkait dengan matahari.

Penggalak kulit, Brokoli

Dalam kajian, penyelidik Paul Talalay dari Universiti Johns Hopkins dan rakan-rakan sekerja telah memeriksa kesan-kesan sulforaphane pada ransangan-UV erythema pada enam orang dewasa.

Satu larutan yang mengandungi sulforaphane yang diperolehi dari pucuk brokoli yang tiga hari lamanya adalah digunakan ke atas kulit mereka sebelum pendedahan kepada radiasi UV menggunakan lampu-lampu matahari. Hasil-hasil menunjukkan ekstrak brokoli telah mengurangkan kemerahan pada purata 37% dibandingkan dengan kulit yang tidak dirawat berikutan pendedahan pada UV.

Penyelidik-penyelidik berkata ekstrak brokoli tidak secara fizikal menyerap sinaran UV, tetapi ia nampaknya bekerja di tahap selular untuk mencegah eritema. Mereka berkata sulforaphane merangsangkan pembentukan protein-protein perlindungan pada kulit dan melindungi kulit dari kerosakan akibat matahari untuk beberapa hari.

Oleh Jennifer Warner , Oct. 22, 2007 , WebMD Medical News