Ahli fizik di Arizona State University telah mereka-bentuk satu teknik laser revolusi yang boleh memusnahkan virus-virus dan bakteria seperti AIDS tanpa merosakkan sel manusia dan boleh juga membantu mengurangkan penyebaran jangkitan-jangkitan hospital seperti MRSA.

Penyelidikan itu, dikeluarkan pada hari Khamis 1 November, di Journal of Physics , Institute of Physics: Pemeluwapan Jirim, membincangkan bagaimana denyutan daripada satu laser inframerah boleh disesuaikan untuk membezakan di antara masalah mikroorganisme dan sel manusia.

Rawatan-rawatan laser yang sedia ada seperti UV adalah tidak boleh dibezakan dan boleh menyebabkan kulit meningkat tua, kerosakan pada DNA atau paling teruk boleh menyebabkan kanser kulit dan jauh dari 100% berkesan.

Laser denyutan Femtosecond, melalui satu proses yang dipanggil Impulsive Stimulated Raman Scattering (ISRS), mengeluarkan getaran-getaran membawa maut dalam kulit berprotein mikroorganisme, oleh sebab itu memusnahkan mereka. Kesan getaran-getaran adalah serupa dengan bunyi yang nyaring dan bising memecahkan kaca.

Ahli fizik di Arizona telah menjalankan eksperimen untuk menunjukkan bahawa getaran-getaran koheren yang dirangsang oleh laser inframerah dengan panjang gelombang yang dipilih dengan berhati-hati dan lebar denyutan tidak menjejaskan sel manusia, paling mungkin lantaran komposisi struktur yang berlainan dalam lapisan protein sel manusia vis a vis bakteria dan virus-virus.

Profesor K T Tsen daripada Arizona State University berkata, “Walaupun ia tidak jelas pada waktu ini mengapa di sana ada satu perbezaan besar dalam keamatan laser untuk pentak-aktifan antara sel manusia dan mikroorganisme seperti bakteria dan virus, penyelidikan setakat ini mencadangkan bahawa ISRS akan bersedia untuk digunakan dalam disinfeksi (penyahjangkitan) dan boleh menyediakan rawatan-rawatan pada sesetengah yang paling teruk, biasanya rintangan dadah, pathogen bakteria dan virus.”

Laser Femtosecond boleh mencari aplikasi segera di hospital-hospital sebagai satu cara untuk mendisinfeksi bekalan darah atau biomateri dan untuk rawatan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah seperti AIDS dan Hepatitis.

Laporan kajian dari Institute of Physics, 31 Oktober 2007