Penemuan baru menjelaskan tentang mekanisme otak yang menerangkan banyak aspek pergantungan pada nikotin, bahan yang menagihkan di dalam tembakau. Bersama mereka, perbezaan individual dalam kimia otak boleh memiliki satu kesan ke atas seseorang untuk mudah dipengaruhi dengan ketagihan, dan merokok boleh mendedahkan remaja-remaja kepada kekacauan-kekacauan mental dalam usia remaja dan kedewasaan.

Tambahan pula, penyelidik-penyelidik telah mengenal-pasti jaringan saraf yang berpotensi mengatur respon ketagihan badan dan telah ditunjukkan bagaimana merokok mungkin menjejaskan proses membuat keputusan.

Seringkali, kedalaman seseorang ketagihan nikotin boleh bergantung pada kimia dalaman mereka, kata Jerry Stitzel, PhD, Universiti Colorado, yang telah mereka-bentuk satu kajian untuk menilai kesan-kesan nikotin.

Stitzel dan pasukannya telah menguji tiga jenis tikus: seekor dengan mutasi genetik yang menghadkan penukaran serotonin kimia otak kepada melatonin, satu hormon yang dibuat sebagai respon kepada kegelapan; seekor yang mengeluarkan melatonin tetapi kurang keperluan protein-protein untuk otak dan tubuh untuk mengenalinya; dan seekor tikus normal, digunakan sebagai kumpulan kawalan.

Dalam tikus yang boleh membuat dan mengenal-pasti melatonin, suntikan-suntikan nikotin menghasilkan kesan-kesan lebih besar sepanjang 12 jam siang buatan dalam persekitaran kajian terkawal daripada semasa sebahagian malam kajian. Berlawanan dengan itu, pengurangan normal dalam kesan-kesan nikotin tidak dapat diperhatikan semasa malam pada tikus yang boleh membuat tetapi tidak dapat mengenal-pasti melatonin. Hasil-hasil ini menunjukkan bahawa pengurangan kesan-kesan nikotin pada waktu malam adalah bergantung pada otak dan tubuh yang berupaya mengenal-pasti melatonin.

Peranan melatonin dalam mempengaruhi siang-malam perbezaan dalam kesan-kesan nikotin kelihatan seperti bergantung pada komposisi genetik tikus. Dalam tikus yang tidak boleh membuat melatonin, perbezaan siang-malam dalam kesan-kesan nikotin masih boleh diperhatikan.

Oleh itu, perbezaan siang-malam dalam kesan-kesan nikotin tidak boleh dijelaskan oleh sintesis waktu malam melatonin dalam tikus ini. Bagaimanapun, variasi siang hari dalam kesan-kesan nikotin sama dengan perbezaan-perbezaan setiap hari normal dalam tahap-tahap darah hormon tekanan kortikosteron.

“Dalam kebanyakan kes, kesan-kesan nikotin kita perhatikan adalah paling besar apabila tahap kortikosteron adalah di puncak mereka,” kata Stitzel. Ini adalah dipastikan apabila ramai perokok melaporkan yang mereka merokok lebih apabila mereka berada dalam keadaan tertekan.

Dalam kajian binatang lain, Carlos Bolanos, PhD, dari Florida State University menumpukan pada pendedahan kepada nikotin dalam usia remaja dan nampak perbezaan mendalam dalam tingkah laku, kedua-duanya segera selepas pendedahan dan dalam tikus-tikus neurobiologi jangka panjang.

Data Bolanos menunjukkan pendedahan nikotin itu semasa usia remaja mengakibatkan tanda defisit-defisit tingkahlaku kemurungan – dan keadaan seperti-kebimbangan dan defisit-defisit nikotin teraruh ini boleh berlarutan hingga ke dewasa. Ini benar walaupun kepada tikus-tikus yang telah diberhentikan pemberian nikotin antara masa remaja dan kedewasaan.

Sekelompok tikus-tikus yang berusia 30 hari didedahkan kepada tiga dos berasingan nikotin dua kali sehari selama 15 hari. Untuk haiwan makmal ini, tempoh antara kehidupan hari-hari yang ke-30 dan ke-45 adalah remaja. Selepas pendedahan, tikus-tikus dibahagikan pula kepada dua kumpulan: satu di mana ujian tingkahlaku dimulakan 24 jam selepas suntikan nikotin yang terakhir dan satu lagi di mana ujian tingkahlaku dimulakan dua minggu kemudian.

Kedua-dua kumpulan tikus-tikus ini dikaji pada reaksi mereka untuk satu persekitaran tertekan yang tidak dapat dielakkan, seperti ujian berenang; ganjaran larutan sukrosa; dan satu ujian kebimbangan, yang dibiarkan sendirian dalam satu kawasan terbuka.

Bolanos menemui yang dalam tempoh 24 jam pendedahan nikotin terakhir, tikus-tikus adalah sensitif kepada situasi-situasi yang lebih tertekan. Kecenderungan ini telah dijumpai dalam kedua-dua kumpulan tikus. Lebih khususnya, tikus-tikus yang terdedah kepada nikotin menyerah diri apabila terdedah pada satu persekitaran tertekan yang tidak dapat dielakkan lebih awal daripada tikus-tikus yang tidak terdedah kepada nikotin.

Tambahan pula, tikus-tikus yang terdedah kepada nikotin menunjukkan satu pengurangan keutamaan pada ganjaran, satu tanda yang mungkin ketidakupayaan mereka untuk mengalami keseronokan. Tikus-tikus ini juga telah kurang bersedia untuk meneroka persekitaran baru daripada tikus-tikus yang tidak terdedah kepada nikotin. Apabila tikus-tikus berada di kawasan ujian terbuka, mereka mempamerkan kebimbangan lebih besar, ditunjukkan dengan satu pengurangan dalam penerokaan alam sekitar baru mereka.

Walaupun mekanisme-mekanisme yang mendasari perubahan tingkahlaku ini adalah tidak dikenali, pasukan itu menaksir kemungkinan bahawa kesan-kesan adalah disebabkan oleh perubahan dalam memberi isyarat protein-protein dalam sistem mesolimbic dopamina, bahagian otak yang mengesan perangsang ganjaran.

Sesetengah bahan, termasuk nikotin, kelihatan menghalang pembuatan keputusan. Ini dibuktikan oleh penemuan-penemuan kajian bahawa pilihan perokok itu adalah tidak lagi dipandu oleh isyarat-isyarat kesilapan rekaan berpunca dari apa telah terjadi, tetapi adalah sebaliknya dipandu oleh perbezaan sementara (Temporary Difference – TD) isyarat-isyarat kesilapan, diguna dalam pembelajaran tingkahlaku dan disifatkan dalam model-model berkomputer tentang ketagihan.

Diubah suai dari kajian oleh Society For Neuroscience , 5 Nov 2007