Ahli-ahli sains NASA menemui planet kelima yang beredar mengelilingi sebuah bintang di luar sistem suria kita dan berkata penemuan itu mengesyorkan ada banyak sistem suria yang memang seperti sistem suria kita, dengan planet-planet beredar mengelilingi matahari.

Planet baru itu adalah kira-kira 45 kali lebih besar daripada Bumi dan mempunyai orbit 260 hari, tetapi berada jarak jauh yang serupa daripada mataharinya. Bintang yang dikenali dengan nama ’55 Cancri’, bintang ke 55 dalam buruj Cancer. Beredar mengelilingi satu bintang seperti-matahari 41 tahun cahaya jauhnya dalam buruj itu, membuatnya kuintet planet yang pertama dikenali di luar sistem suria kita, ahli-ahli astronomi berkata pada hari Selasa.

Empat buah planet telah pun kelihatan di sekitar bintang itu, tetapi penemuan ini menandakan kali pertama sebanyak lima planet telah ditemui beredar mengelilingi satu sistem suria di luar sistem kita dengan lapan buah planetnya. “Ia adalah suatu sistem yang muncul bersama dengan planet-planet,” kata penemu bersama Debra Fischer, seorang ahli astronomi di San Francisco State University.

Ia telah dikesan selepas dua dekad pemerhatian-pemerhatian oleh teleskop-teleskop yang berada di bumi dengan menggunakan teknik Doppler yang mengukur gegaran najam (stellar) planet. Benda bernyawa mungkin boleh hidup pada permukaan bulan yang mungkin beredar mengelilingi planet baru itu, tetapi bulan seumpama itu akan jadi jauh terlalu kecil untuk dikesan menggunakan cara-cara yang ada, ahli-ahli astronomi berkata.

Planet-planet lain dalam sistem 55 Cancri adalah ditemui di antara tahun 1996 dan 2004. Planet paling dalam adalah dipercayai menyerupai planet Neptun, manakala yang paling jauh adalah difikirkan seperti Musytari.

Lebih daripada 260 buah planet telah dikenalpasti di luar sistem suria kita, exoplanet atau planet-planet beredar mengelilingi sebuah bintang selain matahari. Bintang 55 Cancri memegang rekod untuk jumlah planet-planet yang telah disahkan. Hanya satu bintang lain diketahui mempunyai empat buah planet, sementara beberapa yang lain mempunyai tiga atau kurang.

Planet itu adalah 72 juta batu jauh dari bintangnya – lebih dekat daripada 93 juta batu jarak Bumi dari matahari, tetapi bintang itu adalah dingin sedikit daripada matahari kita.

Laporan berita dari VoaNews, 7 Nov 2007