Percaya atau tidak, ahli-ahli sains telah menemui satu kuku yang telah menjadi fosil bagi kala jengking laut berukuran 2.5 meter (8 kaki), seekor makhluk mengerikan yang hidup sebelum zaman dinosaur. Menurut ajaran agama Islam pun sememangnya sebelum Nabi Adam diciptakan, ada makhluk lain yang Allah ciptakan menghuni bumi. Tetapi apakah dan berapakah spesies mereka hanya Allah Yang Maha Tahu.

Penemuan spesimen yang berusia 390 juta tahun di sebuah kuari Jerman mencadangkan bahawa labah-labah, serangga-serangga dan ketam-ketam prasejarah adalah lebih besar lagi daripada yang difikirkan sebelum ini, penyelidik-penyelidik di Universiti Bristol berkata pada semalam.

Penemuan itu diterangkan oleh Braddy dan rakan-rakan sekerja dalam journal Biology Letters. Kuku kala jengking laut Jaekelopterus rhenaniae diukur 46 sentimeter (18 inci) panjang, menunjukkan makhluk itu adalah separuh satu meter lebih panjang daripada anggaran-anggaran lalu arthropod purba.

Hanya mengapa arthropod prasejarah – makhluk-makhluk dengan rangka-rangka luar dan badan-badan bersegmen – tumbuh begitu besar adalah tidak jelas. Beberapa ahli sains percaya mereka telah menjadi gergasi lantaran paras oksigen lebih tinggi dalam atmosfera pada masa lalu.

Diadaptasikan dari laporan berita Reuters , 21 Nov 2007