Beratus-ratus monyet telah menyerang rumah-rumah dan menghampiri orang-orang kampung di wilayah Timur Jawa, Indonesia selepas habitat mereka diluluskan bagi pembangunan komersial.

Sudarsono, seorang penduduk kampung Mangliawan, memberitahu laman web berita Detikcom bahawa ratusan macaque (spesies monyet) telah memulakan pengerumunan ke dalam kampung daripada Taman Rekreasi Wendit yang berdekatan tiga bulan lepas dalam mencari makanan.

“Mereka masuk ke rumah saya dengan memecah bumbung dan mencuri makanan,” katanya, menambah bahawa monyet-monyet sering bertukar menjadi ganas dan menyerang manusia. Saksi lain, dikenali sebagai Prayitno, berkata antara 25 dan 30 macaque merempuh bumbungnya setiap hari untuk mencari makanan.

Taman Wendit yang seluas 10 hektar, yang mana kediaman bagi beratus-ratus macaque, telah sebahagiannya diteroka untuk memberi laluan bagi pembinaan pondok-pondok dan bangunan-bangunan komersil. Pegawai daerah Bambang Istiawan memberitahu bahawa pentadbiran daerah telah memulakan projek pembinaan lapan bulan yang lalu.

Laporan berita dari Associated Press, 23 Nov 2007