Bumi ini semakin lama semakin tua dan semakin menuju kehancuran. Kita tidak mengetahui sampai bilakah Bumi ini akan mampu bertahan sebelum terjadinya kemusnahan total atau dengan kata lain kiamat. Yang mengetahuinya hanyalah Allah S.w.t Yang menciptakan seluruh alam ini dari yang terbesar hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya.

Sepertimana yang dilaporkan oleh BBC News, jumlah cuaca yang berkaitan dengan malapetaka telah berganda empat kali berbanding 20 tahun lepas. Pertambahan penduduk bermakna lebih ramai orang akan terjejas dengan cuaca yang membawa bencana berlaku.

Pemanasan global adalah dipersalahkan untuk jumlah semakin banyak malapetaka-malapetaka cuaca, kata Agensi Oxfam. Tetapi itu menurut kajian mereka, tetapi bagi yang faham dengan agama, mungkin akan berpendapat lain pula. Purata 500 malapetaka seumpama ini setiap tahun mengambil tempat, berbanding dengan 120 dalam 1980an. Jumlah banjir telah bertambah enam kali ganda berbanding tempoh yang sama.

Ulasan –. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah diri kita dengan kejadian malapetaka yang semakin meningkat ini. Semuanya itu adalah ketentuan ilahi yang ada sebab musababnya. Semoga kita semua dapat menjadi manusia yang baik yang tidak tamak dengan dunia, berhasad dengki, fitnah-memfitnah sesama saudara, busuk hati, hiburan tanpa batasan, pelbagai gejala tidak sihat dan sebagainya. Peace and justice for all 🙂