Indonesia, yang telah kehilangan hutannya pada kadar lebih cepat daripada mana-mana negara lain, telah melancarkan satu kempen pada hari Rabu untuk menanam 79 juta batang pokok sebelum ia menjadi tuan rumah kepada persidangan yang kritikal bulan depan mengenai perubahan iklim.

Kumpulan pencinta alam sekitar mengakui bahawa program menanam itu bermaksud baik tetapi ia akan bermakna sedikit sahaja jika kerajaan tidak dengan segera mendedahkan satu penghentian sementara dalam pembasmian hutan.

Sekitar 300 buah kawasan pokok-pokok yang seluas padang bola sepak telah dimusnahkan setiap jam di kepulauan itu disebabkan oleh pembalakan haram, melombong, dan tebas-bakar meratakan kawasan untuk ladang-ladang minyak sawit yang amat menguntungkan.
Indonesia merupakan pengeluar gas rumah hijau ketiga terbesar, selepas Amerika Syarikat dan Cina. Menurut Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), 80 peratus pengeluaran karbon Indonesia adalah daripada pembasmian hutan dan penyahgredan hutan.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa jika trend-trend semasa ini diteruskan, generasi-generasi akan datang akan menghadapi masalah kekurangan makanan dan air.

“Kita akan menunjukkan komitmen yang kuat dan tindakan yang kukuh untuk mengekalkan alam sekitar dan menyelamatkan planet kita,” Yudhoyono berkata sebagai dia menanam sesetengah pertama anak pokok projek itu dengan ahli-ahli kerajaannya.

Sumber: Laporan berita dari Associated Press, 28 November 2007