Salaam alaikum w.b.t.. Pada hari Rabu iaitu semalam, seorang wanita di negara Chile telah melelongkan dirinya selama 24 jam dengan menjadi pelacur. Tujuan dia melacur itu pula ialah untuk mengutip derma sempena kempen mengutip derma di sana dan menyumbangkan kepada pihak-pihak yang tertentu. Tetapi masalahnya di sini, perempuan itu menyumbangkan derma atau melakukan perbuatan sumbang?

Dalam usaha lelong diri dia semalaman tu, dia dapat mengumpul duit sebanyak $4000 untuk dibuat sebagai duit kutipan amal. Amal apa lah tu ya? Tetapi insiden melacurkan diri adalah tidak pelik di Chile kerana ia adalah satu perbuatan yang sah di segi undang-undang di sana, isy7 astaghfirullah.

Kalau nak baca berita dalam bahasa Inggeris berkenaan dengan kejadian itu, sila klik di sini.

Macam-macam hal yang di luar normal hidup manusia sekarang berlaku sehingga melacur pun dilakukan dengan tujuan untuk mengutip derma, na’uzubillah. Semoga insiden-insiden seperti ini tidak berlaku di negara kita.