Artikel ini adalah terjemahan dari suatu artikel lama dalam Bahasa Inggeris. Namun saya rasa masih ramai yang tidak mengetahui hikmah diharamkan daging babi dalam Islam. Terdapat bukti saintifik yang menerangkan tentang bahayanya daging babi yang disukai oleh segolongan tertentu. Berikut ialah daripada Dr. Lee Say Fatt, saya percaya anda patut membaca ini. Kesedaran Daging Babi (baca ini dengan berhati-hati)!

Cuba ini dan lihat sama ada daging babi yang anda beli mempunyai cacing-cacing. Jika anda menuang Coke (air soda) di satu kepingan yang tebal daging babi, tunggu sedikit masa, anda akan dapat melihat cacing-cacing keluar merayap.

Satu mesej daripada Perbadanan Kesihatan Singapura tentang kesan-kesan buruk penggunaan daging babi. Badan babi / khinzir mengandungi banyak toksin, cacing dan penyakit-penyakit tersembunyi.

Walaupun beberapa serangan ini terdapat juga dalam haiwan lain, doktor haiwan moden mengatakan bahawa babi adalah jauh lebih berkecenderungan untuk penyakit ini daripada haiwan lain. Ini kerana babi suka mencari-cari dan akan makan apa-apa jenis makanan, termasuklah bangkai serangga-serangga, cecacing, bangkai reput, kumuhan termasuk yang mereka punya sendiri, sampah, dan babi lain.

Influenza (selesema) adalah salah satu penyakit paling terkenal yang babi berkongsi dengan manusia. Daging babi mengandungi kuantiti berlebihan Histamine dan sebatian-sebatian Imidazole, yang boleh menjurus kepada gatal dan keradangan; hormon pertumbuhan yang memperkenalkan keradangan dan pertumbuhan; sulfur mengandungi mesenchymal mukus yang membawa ke bengkak dan menghasilkan mukus dalam tendons dan tulang rawan, mengakibatkan athritis, penyakit sendi dan sebagainya.

Bantuan sulfur menyebabkan tendon dan ligamen yang kukuh manusia diganti oleh tisu lembut mesenchymal babi, dan kemerosotan cartiliage manusia. Makan daging babi juga boleh menjurus kepada batu karang dan obesiti (kegemukan), mungkin disebabkan oleh kolesterol tingginya dan kandungan lemak tepu.

Babi adalah pembawa utama cacing Taenie Solium, yang ditemui dalam dagingnya. Cacing kerawit ini dijumpai dalam usus manusia dengan kekerapan lebih besar di negara-negara di mana babi dimakan. Jenis cacing pita ini dapat meresap masuk ke usus dan memberi kesan kepada banyak organ lain, dan ia tidak dapat diubati apabila telah melebihi satu tahap tertentu.

Sumber dari Danger of Pig meat