Salaaam alaikum w.b.t… Ada posting yang menarik hati ambe di sini. Tentang beberapa artis yang menjadi penyanyi nasyid dan pendakwah. Sila kunjungi link Gossip ini.

Kesimpulan yang ana boleh buat dan memang sememangnya ana pun berfikiran sama ialah, kita perlu dan wajib membenci maksiat. Tetapi jangan membenci orang yang membuat maksiat itu. Kita perlu sayangi orang itu dan mahukan yang terbaik untuknya. Bukan seperti ramai yang kita lakukan selama ini iaitu benci kesemua termasuk tuannya.

Kita mesti tahu, siapa-siapa pun pernah melalui zaman kegelapan, walaupun tak banyak, hinggakan sahabat besar iaitu Saidina Umar r.a pun pernah melaluinya. Sungguh angkuh dan sombong lah kita jika kita hanya merasakan kita ini baik sangat dan membenci orang-orang yang buat maksiat. Bukan itu sebenarnya yang Islam ajar. Kita hendaklah membenci maksiat itu dan cuba mencegah diri dan orang lain dari membuat maksiat itu, Bukannya membenci orang yang membuat maksiat.

Semoga keraguan masyarakat kita selama ini dapat diperbetulkan. Ingatlah, Allah pandang pada hati dan amal, bukan rupa dan harta , pangkat dan sebagainya. Maka jadilah kita manusia yang berhati mulia, bukan berhati busuk yang tidak senang tengok orang lain senang. tafakkaruu ya ayyuhal ikhwah 🙂 Wallahu a’lam.

Sila kunjungi

Gossip