Jintan putih, lada hitam, daun pudina antara bahan masakan boleh singkir toksid berlebihan dalam badan. Herba yang sering digunakan untuk masakan seperti estragon, jintan putih, lada hitam, lada Benggala dan daun pudina dikenal pasti sekumpulan ahli farmasi mampu membakar lemak berlebihan dalam badan.

Pakar Farmasi, Teh Go Wai yang turut menyertai kumpulan berkenaan, mengadun semua bahan ini dan dijadikan gel pelangsing badan.

Pakar Farmasi dari Taiwan ini berkata, sepuluh penyelidik termasuk dirinya menubuhkan badan penyelidikan yang memfokuskan kepada bioteknologi terutama produk berkaitan tumbuhan. Ia bertujuan untuk menjaga kulit dengan perlindungan sepenuhnya seperti menyuburkan, memulihkan dan melembapkan kulit.

“Kajian ke atas herba ini berjaya menghasilkan minyak pati aroma iaitu rumusan unik semula jadi yang diuji secara saintifik. Lebih daripada sekadar pembakar lemak, rumusan ini mengukuhkan fungsi fisiologi dengan kandungan pati minyak herba ini. Sejenis herba yang dikenali sebagai estragon, berfungsi sebagai agen anti bakteria membantu kadar metabolisma agar lebih teratur. Jintan putih yang secara tradisional digunakan untuk melegakan sakit perut, selsema dan kesakitan juga dapat menyingkir toksin melalui sistem endokrin serta sistem pernafasan. Lada hitam membantu penghadaman protein dan pengurangan pembentukan lemak. Ia juga membantu dalam proses perkumuhan badan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, ia adalah revolusi yang berjaya mengurangkan bonjolan yang tidak diingini dengan rawatan panas-sejuk. Menggunakan tiga langkah mudah, rumusan yang didatangkan dalam gel ini merapi dan menegang secara semula jadi. Ia memecahkan lemak untuk membebaskan tenaga, membersih dengan menyah toksid untuk meningkatkan proses pelangsingan dan akhir sekali, menegang serta menganjalkan kulit dua kali ganda.

Selain minyak pati aroma, rumusan ini juga mengandungi bahan seperti isocell@slim, carnitine, co-enzyme Q10 dan kompleks anti selulit Tri-Activ. Ia dirumuskan dengan pati aktif fosfolipid untuk penyerapan cepat tanpa merengsa kulit, memberikan kesan lembapan kulit dan memperbaiki adiposit. Ia menyerap ke dalam lapisan kulit luar (epidermis) sehingga ke bahagian dermis di mana terletaknya sel lemak.

“Kandungan L-carnitine membawa asid lemak melalui membran mitokondrial untuk memecahkan lemak dan menghasilkan tenaga. Ia kemudian membebaskan co-enzyme A untuk memastikan penghasilan tenaga berterusan. Kompleks anti selulit Tri-Activ bertindak menyah toksid bagi memperbaiki perkumuhan dengan membuang lebihan air dan toksid. Perkumuhan ini seterusnya mampu mengurangkan saiz sel lemak. Itulah sebabnya bila rumusan yang didatangkan dalam bentuk gel ini disapu, ia menyebabkan kerap membuang air kecil. Pengguna juga dapat menghidu bau herba ini semasa membuang air kecil,” katanya.

Berdasarkan ujian ke atas 46 orang selama 4 minggu yang menggunakan rumusan ini, mendapati 83 peratus wanita mengalami pengurangan dalam kemunculan selulit, 87 peratus mengalami peningkatan ke atas keanjalan dan warna kulit dan 78 peratus lagi mendapati ada peningkatan ke atas kulit secara keseluruhan.

Teh ditemui pada majlis pelancaran gel pelangsing badan, Anhanz Activ-Release yang dihasilkan berasaskan penemuan rumusan berkenaan. Ia dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung tempatan, Akojaya Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis berkenaan, pemiliknya, Chooi Mun Yuen yang melancarkan produk terbaru syarikatnya itu.

“Akojaya melangkah ke era baru dengan melancarkan produk penjagaan badan. Sejak ia ditubuhkan pada 1981, syarikat ini hanya menumpukan jualan pinggan mangkuk Arcopal dari Perancis. Walaupun memasarkan produk penjagaan badan, fokus kami masih tetap dengan pinggan mangkuk tetapi ia masih berkait rapat dengan wanita. Anhanz melengkapkan keperluan wanita dan Akojaya akan terus mengeluarkan produk penjagaan kesihatan lain seperti korset,” katanya.

Akojaya kini mempunyai 20 ribu pengedar di seluruh Malaysia. Anhanz boleh didapati daripada semua pengedar ini dengan harga RM 89.90 bersaiz 150 ml. Sempena pelancarannya, Anhanz boleh didapati dalam pek berkembar pada harga RM 140 saja sehingga stok masih ada.

FAKTA:

* Berat badan berlebihan adalah faktor utama pengumpulan lemak dalam badan.

* Pastikan berat badan berada pada ukuran sesuai mengikut julat BMI (Indeks Jisim Badan) iaitu Berat (kg)/ Tinggi (m) x Tinggi (m).

* Timbang berat badan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

* Bersenam dan menjaga pemakanan dapat mengurangkan berat badan.

Sumber dari Berita Harian, Selasa 11 Disember 2007