Otak kita sangat baik dalam menangkap ucapan walaupun dalam sebuah bilik yang bising, satu keperluan penyesuaian untuk memegang satu perbualan dalam suasana hingar, dan kini kita mula memahami interaksi saraf yang mendasari keupayaan ini. Satu pasukan penyelidikan antarabangsa melaporkan kelmarin, dalam jurnal akses terbuka dalam talian BMC Biology, bagaimana penyiasatan menggunakan neuroimaging telah membongkar bahawa hemisfera kiri otak membantu mencerap isyarat daripada bunyi bising.

Dalam kehidupan harian kita, kita terdedah kepada banyak bunyi yang berbeza dari sumber-sumber pelbagai pada masa yang sama, daripada bunyi bising lalu lintas hinggalah ke perbualan latar belakang. Isyarat-isyarat bising ini berinteraksi dan menandingi satu sama lain apabila mereka sedang diproses oleh otak, satu proses yang bernama ‘topengan serentak’ (simultaneous masking).

Respons otak pada rangsangan topengan menyebabkan ‘kesan bunyi pelbagai’ supaya kita berupaya untuk mendengar satu bunyi yang tertentu, walaupun pada kehadiran bunyi yang bersaing atau hingar latar belakang.

Hidehiko Okamoto dan rakan-rakan sekerja di Institute for Biomagnetism and Biosignal analysis, Muenster, Jerman, dan rakan-rakan sekerja di Jepun dan Kanada telah menggunakan satu teknik neuroimaging yang dikenali sebagai magnetoencephalography (MEG) untuk mengikut mekanisme-mekanisme saraf dasar dan perbezaan hemisfera berkaitan ‘topengan serentak’ dimana sukarelawan mendengarkan pada gabungan-gabungan ujian yang berbeza dan bunyi-bunyi latar belakang.

Bunyi-bunyi ujian telah dimainkan sama ada ke telinga kiri atau telinga kanan, manakala bunyi bising yang bersaing telah dihadirkan sama ada ke telinga yang sama atau yang bertentangan.

Dengan mengawasi respon otak terhadap gabungan-gabungan bunyi yang berbeza ini, pasukan itu memerhatikan bahawa hemisfera kiri adalah bahagian yang mana kebanyakan aktiviti saraf bersekutu dengan pemprosesan bunyi dalam satu persekitaran yang bising.

Laporan kajian dari Biomed Central

p/s: Saya sudah cuba melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kajian ini. Iaitu saya telah cuba sendiri dengan berada dalam satu suasana yang hingar bingar, dan saya jeling mata ke kiri dan memberi tumpuan pada bunyi. Ternyata saya dapat menentukan satu persatu bunyi – bunyi itu dengan baik. Tetapi apabila saya cuba jeling ke kanan dan cuba berfikir dengan otak kanan, saya dapati agak sukar untuk menentukan bunyi-bunyi tersebut, semacam blank gitu.

Anda boleh cuba sendiri dan sila berikan komen tentang apa yang anda rasa di sini. Selamat mencuba🙂