ilustrasi jantung manusiaAra DerMarderosian, PhD, professor dalam bidang pharmacognosy di University of the Sciences di Philadelphia telah memberi beberapa tips tentang tabiat yang sihat untuk menjaga jantung kita. Katanya “Kita perlu menumpukan kepada pencegahan yang pro aktif dan bukannya kawalan kerosakan”.

Kita sebaiknya bukan sahaja mengurangkan tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan, tetapi mengamalkan apa yang diketahui dapat membantu dan bermanfaat pada kesihatan. Dr DerMarderosian telah mengenalpasti beberapa diet mudah dan perubahan gaya hidup yang kita boleh amalkan;

Pemakanan diet untuk jantung yang sihat

– Elakkan makanan bergoreng dan makanan yang diproses sepenuhnya seperti daging-daging deli.

– Cari makanan rendah lemak dan kolesterol.

– Ambil enam ke tujuh hidangan harian sayur-sayuran.

– Makanan hidangan segar yang dibuat sendiri berbanding dengan makanan yang diproses.

– Tambah anti-oksidan dalam diet makanan anda seperti memakan buah-buahan citrus, blue berry, dan rempah ratus seperti kunyit.

– Hadkan pengambilan daging merah hanya kepada 2 ke 3 hidangan sahaja dalam seminggu.

– Banyakkan makan ayam segar (sukar diperolehi sekarang kerana banyak ayam yang dicucuk atau ayam segera) , ayam turki, dan ikan seperti ikan Salmon, Kod, Mackerel dan Sardin yang membekalkan asid lemak omega 3 yang sihat untuk jantung.

Hidup dengan gaya hidup yang sihat

– Jangan merokok

– Elakkan dan kurangkan stress seboleh mungkin.

– Kekalkan sikap yang positif.

– Membuat senaman dengan sederhana dan sentiasa.

– Kekalkan kenalaran usus.

– Elakkan penggunaan alkohol.

– Jangan gelojoh apabila makan.

Diolah dari kajian oleh University of the Sciences , Philadelphia