Tanda-tanda dalaman

A. Kepala

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dangan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

* Pening kepala

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

* Pening / Sakit di bahagian belakang kepala

Bahagian atas
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

Bahagian bawah (tengkuk)
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

* Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga

Menandakan penyakit migrain.

* Bisul terjadi di kepala

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

* Rasa pening yang memusing

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. Mulut / Kerongkong

* Loya / Muntah

Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

* Muntah darah

Darah merah
Pembuangan tisu sudah musnah di bahagian kerongkong dan paru-paru.

Darah hitam
Pembuangan tisu yang sudah musnah di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

* Lidah rasa tegang dan pendek

Tanda sakit jantung.

* Keluar air liur yang pekat

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong.

C. Kencing

* Kencing kerap.

Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.

* Air kencing berkapur

Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

* Air kencing berminyak

Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berminyak.

* Air kencing berwarna coklat

Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

* Air kencing berdarah

Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. Buang air besar

* Cirit birit / Kerap buang air besar

Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan Cenkudu, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

* Sembelit

Membersihkan toksin dari usus kecil.

* Najis berdarah

Darah merah
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Darah hitam
Masalah penyakit ulser perut.

* Najis berwarna hitam

Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

E. Tindakbalas badan

* Badan rasa sakit

Secara umumnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah dan saluran pembuluh yang tersekat.

Sakit menyucuk
Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal
Menandakan luka di dalam badan

Sakit menyentap
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang
Proses melancarkan pengaliran darah.

* Badan terasa berat / Malas / Lenguh.

Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku dan badan memerlukan rehat.

* Badan terasa panas

Badan mengandung asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

* Badan terasa ringan.

Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. Tindakbalas emosi

* Rasa takut mengejut

Lemah fungsi buah pinggang

* Cepat naik darah / Marah

Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

* Rasa bimbang dan takut

Sistem paru-paru yang lemah.

* Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab.

Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.

* Suka berfikir dan berkhayal

Sistem penghadaman yang lemah

Tanda-tanda luaran

A. Muka

* Mata
Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan bahawa badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Ketegangan mata dan kelopak
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

* Hidung

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
Badan menyeimbangkan asid berlebihan (Biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sebu
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk
Batuk keluar kahak. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan Cenkudu.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

* Kerongkong

Kerongkong kering.
Proses membuang toksin berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

Sakit kerongkong
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

* Bibir

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

Bibir pucat.
Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan Cenkudu sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

* Mulut dan lidah

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

Lidah atau gusi bengkak, sakit.
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronori tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

* Telinga

Berkaitan dengan buah pinggang.

Telinga Terasa tersumbat.
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung
Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

B. Kulit

* Peluh

Peluh masin.
Badan mengandungi lebihan asid urik.

Peluh berbau
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

* Ruam dan bisul

Badan meyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

* Kulit gatal dengan ruam

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

* Kulit pecah dan berair

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan Jus Cenkudu pada kulit berkenaan.

* Rambut gugur

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C. Sendi-sendi, tangan dan kaki

* Sendi sakit

Rasa panas
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout)

Tidak rasa panas
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism)

Sakit di bahagian bahu
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

* Kebas tangan

Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

* Kebas tangan kiri dan lengan

Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

* Kebas kaki

Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

* Sakit tapak kaki.

Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

* Sakit tumit kaki

Menunjukkan kelemahan alat kelamin.

* Rasa panas di tapak kaki

Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

* Gatal di celah-celah jari kaki

Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot)

Sumber : Muhibbah Network

About these ads