Salaam alaikum w.b.t.. Di kesempatan ini saya nak selit ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di mana saja. Baarokallahu lakum wa taqabbalallahu minna wa minkum.

Ok terus pada agenda kali ini, perasankah anda di kaca-kaca tv sekarang semakin banyak iklan yang seakannya menggalakkan kanak-kanak yang masih bersekolah rendah menjalinkan hubungan intim dengan rakan berlainan jantina. Iklan-iklan itu pula dibuat seolah-olah ianya adalah suatu yang baik dan membina.

Tetapi tidak perasankah kita apa yang iklan-iklan itu ajar pada budak-budak yang masih kecil? Ia mengajarnya untuk mula berkapel dari sekolah rendah lagi. Dengan kata lain hubungan bebas antara jantina semakin meluas dan biasa. Tidak nampakkah kita kesan buruk yang bakal terjadi di masa akan datang? Tepuk dada tanya pembikin iklan-iklan tersebut.

Kalau difikirkan secara logik pun, adalah tidak rasional menayangkan iklan sebegitu dan mengajar kanak-kanak agar mempunyai teman untuk berkasih / berkapel. Kanak-kanak yang sepatutnya memberi tumpuan pada pembelajaran dan proses membesar dengan sihat, tetapi kini disogokkan untuk memilih pacar atau teman rapat berlainan jantina, seperti budaya orang-orang barat yang semakin runtuh maruah dan akhlaknya.

Mengapa pihak-pihak atasan membiarkan iklan sebegitu berlegar-legar di kaca tv secara terbuka? Tidak sayangkah kita pada minda anak-anak kita yang semakin tercemar dengan suatu yang nampak baik tetapi kesannya kemungkinan besar cukup buruk? Hhhmmmm. Satu sahaja yang saya nak ingatkan di sini, syaitan pandai menghiaskan sesuatu yang buruk nampak baik dan sesuatu yang baik nampak buruk, wallahu a’lam.

Bagaimana pandangan anda tentang hal ini? Jika ada apa-apa pendapat yang membina sila berikan komen. Sekian terima kasih. Wassalaam🙂