Ini pula adalah ranking Time.com tentang Top 10 bala bencana yang menimpa seluruh dunia. Semoga ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar kita menjadi manusia yang baik hati dan mengakui keesaan Tuhan.

#1 Angin puting beliung Bangladesh

Kepadatan penduduk yang jarang di Bangladesh iaitu 2,639 per batu persegi, berpotensi untuk menyebabkan bala bencana di kawasan itu meragut nyawa dengan dasyat. Angin puting beliung Sidr yang melanda di selatan Bangladesh pada 15 Nov lalu membawa angin selaju 100 batu sejam, yang mengakibatkannya mencabut tiang-tiang elektrik, pokok-pokok dan menghancurkan rumah yang berdinding lumpur dan beratap jerami.

Angka kematian adalah melebihi 1,000 orang, dengan setengah juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Tetapi jika dibandingkan dengan sejarah angin puting beliung di Bangladesh, Sidr ini masih boleh tahan. Angin puting beliung pada tahun 1991 telah meragut nyawa seramai 140,000 orang.

#2 Kemarau di tenggara Amerika Syarikat

Kemarau yang berpanjangan yang melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat pada tahun 2007 lalu telah menimbulkan persoalan kepada ramai orang. Tempat yang biasanya segar menghijau, Georgia dan beberapa negeri jiran mengalami kemarau terus mereka yang paling teruk dirakam dalam sejarah.

Pada suatu ketika bandar raya Atlanta, satu dari kawasan metro yang paling pesat membangun di Amerika Syarikat, hanya tinggal tiga bulan bekalan air. Setelah kemarau menjadi lebih teruk, ia mencetuskan satu pergaduhan sah yang teruk antara Florida, Georgia dan Alabama terhadap bekalan air yang sedang merosot.

#3 Banjir Mexico

Suatu bala bencana bagi negara besar dan kaya seperti Amerika Syarikat adalah suatu ketidak-selesaan. Tetapi bagi negara yang agak miskin seperti Mexico, ia adalah satu malapetaka yang dasyat. Banjir besar yang melanda selatan Mexico, di negeri-negeri seperti Tabasco dan Chiapas pada akhir Oktober dan November meninggalkan banyak kawasan yang terjejas teruk.

Pada suatu ketika, hampir 80% bandar Tabasco ditenggelami air. Dan seramai sejuta orang penduduk yang terlibat dengan banjir tersebut. Presiden Mexico iaitu Felipe Calderon mengatakan bahawa itu adalah banjir terburuk dalam sejarah Mexico.

#4 Taufan Felix

Taufan Felix telah melanda Nicaragua pada 4 September lalu, dengan kekuatan kelajuan angin yang mencapai 160 batu sejam. Ribut itu juga turut menyerang Honduras dan menjejaskan kepulauan Caribbean. Kesemuanya, Felix telah meragut seramai 101 nyawa dan menghancurkan komuniti miskin di perairan Nicaragua. Cuma lebih mujur lagi, ribut itu melanda bahagian yang berhutan, menyebabkan serangan taufan itu tumpul sedikit.

#5 Gunung berapi berlumpur Indonesia

Lumpur yang tidak terkawal telah mengalir berhampiran bandar Surabaya dan ia bermula pada akhir bulan Mei. Lumpur panas menerpa ke dalam telaga yang digali tanpa bekas pertahanan yang baik. Menjelang Oktober, lumpur itu telah mengalir pada kadar kira-kira 170,000 kaki isipadu sehari. Menenggelamkan perkampungan bersebelahan serta kilang-kilang, dan meninggalkan kira-kira 10,000 orang tanpa rumah.

.

#6 Banjir di selatan Asia

Satu siri musim hujan monsun luar biasa di utara India, Nepal, Bhutan dan Bangladesh pada bulan Julai dan Ogos kemudiannya menyebabkan apa UNICEF namakan “banjir paling teruk dalam sejarah.” menjelang pertengahan Ogos, seramai 30 juta penduduk merentasi daerah itu telah dipindahkan, dan lebih dari 2,000 orang maut dalam banjir tersebut.

Kerosakan harta-benda dianggarkan kira-kira $120 juta dollar, iaitu adalah kurang ukuran teruknya banjir daripada kemiskinan betul-betul kawasan yang terlibat.

#7 Banjir Korea Utara

Banjir ini pula berlaku dalam bulan Ogos yang melanda bahagian selatan Korea Utara. Lebih dari 400 orang dipercayai terbunuh. Dan kerosakan amatlah teruk sehinggakan Mass Games, pameran olahraga Pyongyang yang setiap tahun diadakan, telah ditangguhkan.

Program Makanan Sedunia telah menganggarkan kira-kira 450,000 tan pengeluaran bijirin telah mengalami kerugian.

.

#8 Gempa bumi di Peru

Gegaran 8.0 magnitud di tengah perairan Amerika Selatan pada 15 Ogos telah menyebabkan 500 orang maut, 1,366 cedera dan lebih dari 50,000 rumah musnah. Kawasan yang paling teruk mengalami kemusnahan adalah di bandar Pisco yang mana 80% telah hancur.

Di bandar itu sahaja seramai 430 orang telah terkorban termasuklah lebih 100 orang terkorban apabila gereja tempat mereka sembahyang roboh.

.

#9 Kebakaran hutan Greece

Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos, udara hangat yang ganas dengan suhu melebihi 105°F, dan kemarau berpanjangan telah menukar negara itu menjadi seperti kotak yang mudah terbakar. Kebakaran paling teruk berlaku dalam bulan Ogos apabila satu siri firestorm berlaku di Peloponnese, Attica dan Euboea, menyebabkan lebih 70 orang maut.

Kesemuanya, kebakaran tersebut telah menghanguskan hampir setengah juta ekar.

#10 Banjir China

Sungai yang amat besar iaitu Sungai Yang Tze Kiang telah melimpah ruah pada musim panas yang lalu. Hari-hari dalam bulan Jun lalu telah mencurahkan hujan yang banyak di kawasan tersebut yang menyebabkan berlakunya banjir yang besar itu.

Lebih dari 60 orang terbunuh, dan setengah juta orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. Kerugian ekonomi dianggarkan hampir $400 million dollar.

Ulasan –> Semoga kita semua dijauhkan dari kemurkaan Allah, amiin. Wallahu a’lam …….