Salaaam alaikum w.b.t… Islam Hadharii, hhmmmm, ntah apa tujuan untuk menambah-nambah nama pada Islam. Islam sesuai untuk sepanjang zaman sampai ke hari kiamat. Maka tidak perlu lah menambah-nambah kepada nama yang sangat mulia ini, kerana jika kita menambah-nambah apa yang telah ada dalam Islam, maka ia akan menjadi satu bid’ah. Kerana ia sudah pun sempurna seperti mana yang ditegaskan dalam ayat Al Quran yang terakhir turun.

Di sini saya tidak mahu ulas banyak pasal Islam Hadhari tetapi mahu anda semua menonton video ini. Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun tidak setuju dengan Islam Hadhari, apa hal ramai umat Islam kita sendiri masih ramai yang setuju dengan Islam Hadhari? Betul kata Tun Mahathir, jangan kita jadi pak turut. 😀

Nah di sini videonya, harap tontonnya hingga ke akhir.

 

Keburukan yang paling besar akibat daripada menambah-nambah nama Islam kepada Islam Hadhari ialah menyebabkan kekeliruan dan fitnah. Kita tengok lah hingga ke hari ini, umat Islam kita sendiri masih keliru dengan istilah itu. Lebih-lebih lagi setelah Islam Hadhari ini hiburan semakin banyak. Adakah Islam menggalakkan hiburan yang banyak dan tanpa batasan? Pelan-pelan cara hidup kita bertukar menjadi cara hidup orang barat.

Dan paling sedih ialah, sejak pemerintahan Islam Hadhari ini, khutbah-khutbah Jumaat semakin banyak diselitkan unsur-unsur politik. Lebih-lebih lagi dalam memuji kerajaan. Khutbah Jumaat yang sepatutnya mengingatkan kita kepada kematian, membuat kebaikan, insaf dengan segala dosa, tetapi telah diselitkan dengan puji-pujian kepada kerajaan. Kita sepatutnya memuji Allah ke atau kerajaan? Kerajaan melaksanakan tanggungjawab ke atau memberi kita sedekah?

Saya menyelitkan tentang khutbah Jumaat di sini kerana atas pengalaman saya sendiri, setiap kali khutbah Jumaat sejak Islam Hadhari ini, mesti ada diselitkan puji-pujian kepada kerajaan, astaghfirullah. Dah lari tajuk nampaknya Khutbah Jumaat sekarang ya, hhhmmmm.

Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah dan dapat membezakan mana yang hak dan mana yang bathil, amiin ya robbal ‘aalamiin. Taqobbalallahu minkum 🙂