salam ma'al hijrah 1429Salaam alaikum w.b.t…. Sempena dengan tahun baru 1429 Hijrah ini, saya mahu mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Salaam Ma’al Hijrah 1429 kepada semua pelayar-pelayar internet terutamanya yang beragama Islam. Taqobbalallahu minkum solehul a’maal.

 

Semoga tercapai segala cita-cita baikmu
Semoga diperbaharui segala semangatmu
Semoga diampuni segala dosamu
Semoga diterima Allah segala amal baikmu

Di waktu kita bersuka ria
Jangan lah lupa kepada yang sedang menderita
Bantulah mereka setakat terdaya
Walaupun dengan sepotong doa

Dunia ini hanya sementara
Usahlah dimimpikan kemewahan belaka
Bila-bila masa kita akan ditimpa bala
Semoga menjadi pengajaran untuk semua

Hidup yang terbaik adalah bersederhana
Semuanya berpandukan kepada agama
Agama Islam agama tercinta
InsyaAllah selamat untuk selama=lamanya

Selalulah insafi kelemahan diri
Sebelum kembali ke negeri abadi
Usah leka membangga diri
Dunia ini tidak kekal abadi

Tahun baru bakal menjelma
Azam baru moga sudah tersedia
Ampun maaf yang daku pinta
Kita manusia lemah dan silap belaka

Sifat pemaaf sifat yang mulia
Akhlak mulia yang ditunjukkan oleh baginda
Nabi Muhammad S.a.w nabi tercinta
Selawat dan salam istimewa buatnya

Hijrahnya baginda hijrah yang suci
Hijrahnya kita menyuci diri
Ayuh sama-sama kita hijrahkan diri
Mencari bekal ke negeri abadi

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah ……. Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun, besar fadhilat tuuuuu 😉

Wallahu a’lam. 🙂