Assalaamu’alaikum w.b.t……. Siapa tidak kenal dengan Albert Einstein, namanya melekat dengan dunia fizik dan menjadi ikon fizik moden. Rumus E = mc2 dianggap sebagai rumus Einstein yang dalam pandangan awam merupakan “rumus” untuk membuat bom atom. Albert Einstein memang pantas dianggap sebagai tokoh utama yang memimpin revolusi di dunia fizik.
(v1 +v2) / (1+(v1 x v2 / c2 )).
Sinodik dan Siderial
Dalam menghitung gerakan benda langit, digunakan dua sistem iaitu Sinodik dan Siderial. Sistem Sinodik didasarkan pada gerakan tetap Bulan dan Matahari dilihat dari Bumi. Sistem ini menjadi dasar perhitungan kalendar Masehi di mana satu bulan = 29,53509 hari.
Sistem Siderial didasarkan pada gerakan relatif Bulan dan Matahari dilihat dari bintang jauh (pusat semesta). Sistem ini menjadi dasar perhitungan kalendar Islam (Hijriah) di mana satu bulan = 27,321661 hari . Ahli-ahli astronomi selalu mendasarkan perhitungan gerak benda langit (mechanical of Celestial) kepada sistem Siderial kerana dianggap lebih tepat dibandingkan sistem Sinodik yang mengandalkan penampakan tetap dari Bumi.
Bukti dari Alquran
Mengetahui besar kelajuan cahaya adalah sesuatu yang sangat menarik bagi manusia. Sifat unik cahaya menurut Einstein adalah satu-satunya komponen alam yang tidak pernah berubah, membuat sebahagian ilmuwan terobsesi untuk menghitung sendiri besarnya kelajuan cahaya dari berbagai informasi .
Seorang ilmuwan matematik dan fizik dari Mesir, Dr. Mansour Hassab Elnaby merasa adanya bukti-bukti dari Alquran yang membuat ia tertarik untuk menghitung kelajuan cahaya, terutama berdasarkan data-data yang disajikan Alquran. Dalam bukunya yang berjudul A New Astronomical Quranic Method for The Determination of the Speed C , Mansour Hassab Elnaby menghuraikan secara jelas dan sistematik tentang cara menghitung kelajuan cahaya berdasarkan redaksi ayat-ayat Alquran. Dalam menghitung kelajuan cahaya ini, Mansour menggunakan sistem yang lazim dipakai oleh ahli astronomi iaitu sistem Siderial.
Ada beberapa ayat Alquran yang menjadi rujukan Dr. Mansour Hassab Elnaby. Pertama, “Dialah (Allah) yang menciptakan Matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkannya tempat bagi perjalanan Bulan itu, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan ” (Q.S. Yunus ayat 5).
Kedua, ” Dialah (Allah) yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing beredar dalam garis edarnya” (Q.S. Anbia ayat 33).
Ketiga, “Dia mengatur urusan dari langit ke Bumi, kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu” (Q.S. Sajdah ayat 5).
Dari ayat-ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa jarak yang dicapai “sang urusan” selama satu hari adalah sama dengan jarak yang ditempuh Bulan selama 1.000 tahun atau 12.000 bulan. Dalam bukunya, Dr. Mansour menyatakan bahawa “sang urusan” inilah yang diduga sebagai sesuatu “yang berkelajuan cahaya “.
Hitungan Alquran
Dari ayat di atas dan menggunakan rumus sederhana tentang kelajuan, kita mendapatkan persamaan sebagai berikut:
C x t = 12.000 x L ……………(1)
C = kelajuan “sang urusan” atau kelajuan cahaya
t = kala rotasi Bumi = 24 x 3600 saat = 86164,0906 saat
L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan = V x T
Untuk menghitung L, kita perlu menghitung kelajuan Bulan. Jika kelajuan Bulan kita notasikan dengan V, maka kita perolehi persamaan:
V = (2 x phi x R) / T
R = jari-jari lintasan Bulan terhadap Bumi = 324264 km
T = kala Revolusi Bulan = 655,71986 jam, sehingga diperolehi
V = 3682,07 km / jam (sama dengan hasil yang diperoleh NASA)
Meskipun demikian, Einstein mengusulkan agar faktor graviti Matahari dieliminir terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.
Menurut Einstein, graviti matahari membuat Bumi berputar sebesar :
a = Tm / Te x 360 phi
Tm = Kala edar Bulan = 27,321661 hari
Te = Kala edar Bumi = 365,25636 hari, didapat a= 26,92848�
Besarnya putaran ini harus dieliminasi sehingga didapati kelajuan tepat Bulan adalah
Ve= V cos a.
Jadi, L = ve x T, di mana T kala edar Bulan = 27,321661 hari = 655,71986 jam
Sehingga L = 3682,07 x cos 26,92848� x 655,71986 = 2152612,336257 km
Dari persamaan (1) kita mendapatkan bahawa C x t = 12.000 x L
Jadi, diperolehi C = 12.000 x 2152612,336257 km / 86164,0906 saat
C = 299.792,4998 km /saat
Hasil hitungan yang diperolehi oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby ternyata sangat mirip dengan hasil hitungan lembaga lain yang menggunakan peralatan sangat canggih. Berikut hasilnya :
Hasil hitung Dr. Mansour Hassab Elnaby C = 299.792,4998 km/saat
Hasil hitung US National Bureau of Standard C = 299.792,4601 km/ saat
Hasil hitung British National Physical Labs C = 299.792,4598 km/saat
Hasil hitung General Conf on Measures C = 299.792,458 km/saat
Penutup
Lepas dari benar tidaknya interpretasi yang dilakukan oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby, usaha demikian menunjukkan betapa kitab suci Alquran memiliki tantangan bagi para ilmuwan untuk lebih kreatif dan tajam dalam mengungkap fenomena-fenomena alam.
Boleh jadi, apa yang disajikan Dr. Mansour Hassab Elnaby merupakan bukti tambahan bahawa Alquran benar-benar datang dari Sang Khalik.
Nov 04, 2008 @ 08:41:00
Maha Suci Allah! Sedangkan kelajuan cahaya pun diceritakan di dalam Al-Qur’an, apatah lagi perkara-perkara ajaib lain yang mungkin hingga kini kita tidak mengetahuinya adalah tercatat dengan rapinya di dalam al-Qur’an. Sebagai contoh paduan zikir-zikir yang pernah diamalkan oleh Barshisha (mati kafir) yang membolehkannya berjalan di atas angin. Lebih dari itu pada zamannya juga dia mempunyai 40 orang murid yang boleh terbang. Apakah rahsianya agaknya? Hanya sekadar berfirasat.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Jul 24, 2009 @ 21:22:25
Hmm.. La ni org jln pijak atas keladi plak, sama cam atas angin gak la sbb keladi tu xde pape pun…
Dis 08, 2008 @ 20:41:57
banyak nye nombor pening kepala i
Jan 07, 2009 @ 00:20:19
hahaha… memang dalam Al-Quran telah dijelaskan segala-galanya tentang alam semesta ni. Tapi orang islam hanya asyik baca dan hafal je, tapi tak mendalaminya. Yang peliknya orang kafir yang membuat kajian daripada ilmu yang ada dalam Al-Quran ni. Sebab itu orang Islam sekarang ini menuju kehancuran sebab hari2 duk baca, duk hangguk, tapi tak faham maksud. Itu yang baca, yang tak baca, lagi hancur.
Albert ni orang kafir kan, memang dia hebat sebab ilmu dia tersebar seluruh dunia dan digunakan sampai sekarang. Padahal itu ilmu dari Al-quran. Tapi ilmu orang islam, terkubur menjadi sejarah dan diagong2kan macam cerita Cucu Datuk Merah. Bermacam-macam pameran diadakan untuk menunjukkan kehebatan Saintis Islam. Tapi mana hasilnya sekarang ni, habuk pun tarak. Cuba korang bagi contoh teknologi yang dicipta oleh orang Islam yang digunakan secara meluas sekarang ni.
Jan 07, 2009 @ 00:30:06
Oh lupa…
“Sebagai contoh paduan zikir-zikir yang pernah diamalkan oleh Barshisha (mati kafir) yang membolehkannya berjalan di atas angin. Lebih dari itu pada zamannya juga dia mempunyai 40 orang murid yang boleh terbang. Apakah rahsianya agaknya?”
Korang toksah tanya la apa rahsia dia, sebab diaorang ni kedekut ilmu macam orang melayu. Tak macam orang kafir, kalau diaorang membuat sesutau penemuan, satu dunia disebarkan untuk kegunaan semua. macam orang melayu dulu, buleh buat pedang terbang la, kebal la. Tapi kemana ilmu itu? Hanya untuk diri sendiri je. Maknanya penting diri sendiri la. Bila mintak nak belajar, alasan pantang takleh ajar sebarangan… padahal bohong semata-mata.
Tapi orang kafir memang hebat. Dia buat peluru terbang, roket terbang, kapal terbang dan satu dunia menggunakannya. Orang Islam duk bercakap ilmu yang tak nampak. Tapi bila kena serang, ilmu tu hilang. tak bleh pakai.
maaf la, aku cakap ni bukan nak kutuk orang kita, tapi aku duk tengah bengang memikirkan rakyat palestin yang kena serang. Apa orang kita bleh buat lebih2 lagi orang Arab tak guna tu, tengok je la. Paling kuatpun buat kecaman dalam TV. Pastu panggil mesuarat OIC untuk desak Amerika ngan PBB. Patutnya serang la Israel Durjana tu. Huh! Aku jamin pemimpin Arab bila mampus mesti masuk neraka.
Nov 12, 2014 @ 10:29:04
Sebab nilah kamu tak dapat ilmu seperti itu. Kalau kita hendak belajar ilmu makrifatullah, pertama hati kena suci, kalau itu pun kita tidak lepas, macam mana, belum dengan puasa khusus lagi, belum bertakafur lagi, belum mengasingkan diri dari manusia lagi. Belum jaga hubungan antara Allah dan makhluk Allah lagi.
Jan 07, 2009 @ 06:22:35
Salaam tuk semua teman2,
Sdra/Sdri Syukriah,
Saya pun sama bengang ngan apa yang terjadi pada saudara2 kita di Palestine sana. Pagi ni jer mangsa dah mencecah 660 org setelah laknatullah tu menyerang sekolah2 yg di kendalikan PBB. Sedih dan keciwa sesangat ngan kuasa2 besar Islam. Marah yang meluap2 terhadap makhluk yang angkuh dan sombong yang fikir mereka itu berhak meragut nyawa2 mereka2 yang tak berdosa tu…. Aargghhhhh…
Allah penentu segalanya Sdra/Sdri Syukriah. Hanya Dia yang dapat membantu. Biar apa pun DOA tu lah senjata kita sekarang. Saya yakin Allah mendengar. Allah sebaik2 perancang.
Toksah lah kita kutuk mengutuk sesama Islam. Patut nya kita bersatu. Cuma nya ni sekarang kita tak tau cara. Saya pasti jika ada yang memimpin pasti semua, termasuk Sdra/Sdri Syukriah dan saya sendiri dah bergegas kedepan untuk membantu dengan apa cara pun.
Semoga Allah memberi jalan dan membantu. Amiin
Salaam
Jan 29, 2009 @ 01:49:17
assaamualaikum untuk semua umat islam yang melayari blog ini. selawat untuk junjungan besar nabi muhammad SAW. Sedih kita apabila saudara-saudara kita di Gaza dilakukan sedemikian oleh golongan laknatullah ini. Kita sebagai rakyat di malaysia (rakyat biasa) tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana terbatasnya kemampuan yang ada pada kita. Satu-satunya senjata yang ada pada kita adalah doa. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala semoga suatu jalan penyelesaian yang terbaik dicapai. selain itu sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang tidak berdosa yang gugur oleh kekejaman golongan laknatullah. Semoha allah memperkenankan yang terbaik buat mereka. Inalilah hi wa inailai hi rojiun. wallahu alam.
Apr 05, 2009 @ 19:29:12
Salam,
Ini membuktikan Al-Qur’an itu bukan saja benar, tetapi jitu kerana menyatakan “menurut perhitungan mu” kerana kita membuat pengiraan dan Al-Qur’an telah menyatakan lebih dari 1400 tahun dahulu bahawa itulah perhitungan kita.
Jul 24, 2009 @ 21:06:30
I pick up this post for my school project. Syukran wa Salam Taaruf..
Sep 29, 2009 @ 18:38:00
herannn???
Sep 29, 2009 @ 18:54:37
>>>cuba nyatakan apakah perkara ajaib yang anda maksudkan itu???atau pun pernahkah anda mengalami kasih dari Allah??
Sep 30, 2009 @ 09:21:25
Hoax;
lihat persamaa pertama Anda
C x t = 12.000 x L ……………(1)
yang benar adalah:
t = 2L/c
atau bisa menjadi
ct = 2L
contoh:
dua cermin A dan B berhadapan, dengan jarak L.
cahaya dari A bergerak ke B lalu kembali ke A, maka jaraknya menjadi 2L
sesua rumus kecepatan Fisika Mekanik;
kecepatan = jarak tempuh dibagi waktu tempuh
v = 2L/t
tetapi dengan v mendekati kecepatan cahaya notasi v menjadi c sehingga
c = 2L/t
atau
ct = 2L
kalau persamaan 1 sudah ngawur, maka semua penyelesaian ke bawah sudah ngawur…
Sep 30, 2009 @ 09:33:25
@Penulis
C x t = 12.000 x L ……………(1)
C = kelajuan “sang urusan” atau kelajuan cahaya
t = kala rotasi Bumi = 24 x 3600 saat = 86164,0906 saat
L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan = V x T
sepertinya Anda tidak paham persamaan ini…
kalau
L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan
maka persamaan yang tepat adalah
ct = 2L
tetapi kalau 12.000 L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan
maka persamaan (1) tepat
ct = 12.000 L
Sep 30, 2009 @ 09:40:37
@Penulis
kesalahan ke dua:
persamaan
Ve= V cos a.
ini diambil karena gerakan bulan dibuat relatif terhadap benda2 angkasa lainnya,
sedang penghitung /observer berada di bumi, jadi seharusnya harus relatif ke bumi, yang menjadikan
c > 299.792,458 km/saat
artinya akan ada waktu imaginer, akan ada panjang imaginer, massa imaginer di bumi… dimana imaginer fisis tidak memungkinkan…
Sep 30, 2009 @ 09:45:53
@Penulis
kesalahan ke tiga…
waktu di Al Quran itu bukan yang pertama di sebut dalam kitab suci
sudah ada lebih kurang 1200 tahun sebelumnya
Mazmur 90:4 Sebab di mata-Mu seribu tahun sama seperti hari kemarin, apabila berlalu, atau seperti suatu giliran jaga di waktu malam.
atau 600 tahun sebelumnya
2 Petrus 3:8
Akan tetapi, saudara-saudaraku yang kekasih, yang satu ini tidak boleh kamu lupakan, yaitu, bahwa di hadapan Tuhan satu hari sama seperti seribu tahun dan seribu tahun sama seperti satu hari.
Sep 30, 2009 @ 11:28:36
Untuk parhobass:
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 11:49:56
sesuai ayat ini maka
1. rumus Ve= V cos a. tidak berlaku
…seribu tahun menurut perhitunganmu
artinya observer nya ada di bumi…
Ve= V cos a, obsernya relatif terhadap benda angkasa lain, bukan bumi..
2. C x t = 12.000 x L ……………(1)
dalam rumus ini, observer berada di bumi dan bulan makanya jarak tempuh di ambil satu hari cahaya matahari dari bulan ke bumi dalam satu rotasi bulan = 12.000 x L
ini kemudian menjelaskan bahwa relatifnya harusnya bumi-bulan-matahari.. bukan angkasa lain..
Sep 30, 2009 @ 11:34:57
josua said:
Tak boleh diberitahu. Nanti anda masuk Islam. 🙂
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 11:55:56
parhobass said:
bumi-bulan-matahari ada di angkasa yang sama. 🙂
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 12:32:11
ckckck….
Anda paham rumusan di atas tidak???
coba jelaskan???
Sep 30, 2009 @ 12:43:26
parhobass:
kewujudan teori ini adalah berdasarkan kedudukan pengamat. Pengamat tersebut tidak semestinya berada di Bumi. Mungkin dia berada di angkasa raya yang lain, dan mungkin di cakerawala yang lain.
Di dalam ayat “…kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu”, cuba anda perhatikan dengan teliti di manakah kedudukan pengamat yang dimaksudkan.
Pengamat ini adalah lebih seperti pekali yang tidak membawa apa-apa kesan kepada bacaan sebenar. Mungkin kedudukan di bumi, dan mungkin di cakerawala. Anda perhatikan ayat “…kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya”, adakah ‘urusan’ itu merupakan ‘manusia’? atau ‘Jibril’? sudah terang di situ ‘urusan’ yang di maksudkan ialah urusan itu sendiri.
Jadi, kesimpulannya rumus dan pengiraan anda itu bagi kami terbatal. Alasannya, anda anggap pengamat itu di Bumi.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 14:07:48
@penulis
kesalahan ke empat,
dari pi (perbandingan keliling lingkaran dengan diameternya)
pi = 3.l4l6x384264
seharusnya
pi = 3.14159265
Sep 30, 2009 @ 14:31:36
@penulis
kesalahan ke lima, (yang paling fatal)
ingat rumus (katakanlah itu benar)
ct = 12.000 L ….(1)
maka c = 12.000 L/t ….(2)
L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu rotasi (pusingan)
t = waktu tempuh satu putaran = 1 hari = 24 (jam), 1 jam = 60 menit, 1 menit = 60 seconn, jadi t = 24 x 60 x 60 = 86.400 sekon….(3)
Bumi dan Bulan berjarak (dari pusat kepusat), R = 384.403 km (sumber http://id.wikipedia.org/wiki/Bulan)
maka sekali rotasi bulan menempuh rata2
L = 2 pi R
= 2 x 3.14159265 x 384.403 km
= 2.415.275,28163575 km
maka c = 12.000 x 2.415.275,28163575 (km) / 86400 (secon)
c = 335.454,9002 km/s
sementara c yang benar kira2 = 299.792,458 km/s
jadi selisih C quranic dengan C ilmu pengetahuan sebesar:
35.662,44223 km/s
inilah makanya HOAX banyak beredar di kalangan Islam…
hati-hatilah
Sep 30, 2009 @ 14:58:34
@penuslis
kesalahan 6
katakanlah L relatif ke matahari (yang sepertinya dicari-cari saja)
maka berlaku v = Ve cos a (kecepatan angular)
Ve = 2 pi R /T
R = jari-jari lintasan Bulan terhadap Bumi, penulis buat = 324264 km yang benar 384403 kilometer
T = kala Revolusi Bulan terhadap bumi
i bulan = 27,321582 (hari),1 hari = 24 (jam) = maka T= 655,71986
maka V = 2 x pi x 384.403 / 655,71986
= 3.683,395043 km/jam
menurut penulis: V = 3.682,07 km / jam
Sep 30, 2009 @ 15:24:46
@penulis
kesalahan ke 7
masih di Ve = V cos a
di sini
a = Tm / Te x 360 pi
Tm = Kala edar Bulan = 27,321661 hari
Te = Kala edar Bumi = 365,25636 hari,
didapat a= 26,92848
tetapi,
yang benar
a = Tm / Te x 360 (degree), bukan pi
semisal pun ini benar
maka a= 26,92848
artinya bulan mengelilingi bumi dalam setahun sebanyak 13.36874566 kali
yang benar yang mana??? 12, apa 13,36874566
seharusnya 12,967 kali
Sep 30, 2009 @ 15:28:04
gimana penulis dan Madmud Syah??? masih membandel????
Sep 30, 2009 @ 16:17:01
parhobass, bagus pengiraan anda. Tetapi masih ada kesilapan, kerana anda menganggap pengamat berada di bumi. Jadi? 🙂
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 16:42:39
udah saya buat persamaannya, semisalpun pengamat bukan di bumi lihatlah kesalahan 5,6,7….
semuanya salah….
terserah Anda masih percaya HOAX atap tidak.
Sep 30, 2009 @ 16:43:52
lihat kesalahan 4, tentang pi,
masa seorang ilmuwan tidak tau pi berapa????
itu juga sangat fatal….
Feb 07, 2016 @ 04:40:19
hahaha mati dia
Sep 30, 2009 @ 16:48:46
Ntah la eh, pergi jumpa dialog dengan penulisnya di indonesia sana laa, saya pun x reti pengiraan2 Fizik2 ni huhu
Walaupun pengiraan2 itu salah, ia membuktikan KESILAPAN orang yang mengkaji itu, BUKAN kesilapan dalam AlQuran
Tapi bagaimana HOAXES yang ada dalam BIBLE mu yang masih tidak terjawab di ruang dialog di sana? koknya datang ke ruangan sains yang hanya dikaji oleh saintis yang ntah betul ke tidak ini
Sep 30, 2009 @ 17:02:00
kalau dah tau salah, deletelah page ini, mau???
jangan membawa2 BIBLE.
kita buktikan…. apakah Anda berani mendelete sesuatu yang salah.. saya tunggu kebesaran hatimu.
Peace, Shalom
Sep 30, 2009 @ 17:47:19
Saya hanya menyebarkan satu berita kajian dari pengkaji
Sama juga seperti berita2 lain
Cuba kamu lihat dalam akhbar2, banyak juga cerita yang tidak betul, kamu mahu suruh mereka DELETE semua berita tak betul?
Sekarang ini kita masih tidak pasti kajian ini betul atau tidak 🙂 Maka bincang2kan lah dulu bagi sesiapa yang tahu
Sep 30, 2009 @ 17:27:48
@Hikmatun
Seharusnya page ini tidak perlu di delete, jika terdapat sebarang kesalahan pengiraan, maka sebagai muslim kita wajib merujuk kepada yang pakar dan di negara kita tidak kurang juga pakar bidang ni.
Setelah saudara membuat rujukan penuh dan study benda ni, saudara Hikmatun buat catatan sekali lagi disini supaya ia semakin jelas kepada semua pihak baik muslim mahupun non-muslim.
Dah lama tak berkunjung, tak sangka dialog disini begitu panjang sekali, seronok bila baca.
By, Penghibur
Sep 30, 2009 @ 17:34:41
parhobass said:
Okey, kita lihat satu-satu. Bagi nombor 5:
Anda lihat semula nilai c. Nilai c sebenarnya adalah tidak tetap. Ia dipengaruhi oleh jisim dan tenaga. Ingat balik:
E=mc2. Seharusnya nilai c ialah punca kuasa dua (E/m). Anda lihat semula kebarangkalian putaran bulan itu yang anda anggap berputaran hanya sekali. Nilai c adalah tidak tertakrif di sebabkan pengaruhnya kepada Tenaga dan jisim. Semakin besar nilai c maka semakin besar nilai E dan semakin rendah nilai m. Bagaimana anda boleh anggap m dan E itu sebagai konsisten?
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 17:41:09
parhobass said:
Anda silap kira selisih ini. Kira semula. Di mana sumber anda dapat jejari lintasan bulan itu? Adakah paksinya sentiasa tetap dan sekata?
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 18:15:22
http://en.wikipedia.org/wiki/Moon
Sep 30, 2009 @ 17:59:54
parhobass said:
Pengiraan ini mungkin betul. Nanti kita kaji semula. Mungkin tersilap di mana-mana.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Sep 30, 2009 @ 18:22:18
bukan mungkin, itu sudah betul… penulis yang salah…
bagaiman dengan pi???
anda tau pi??
ilmuwan tidak mungkin keliru berapa nilai pi
pi = 3.14159265
menurut perkalian penulis, Ahmad pi = 3.723539351 (cek di atas)
menurut http://www.scribd.com/doc/337010/The-Speed-of-Light-Calculation-in-Quran
pi = 3.14162
yang mana yang benar dari Anda berdua???
Okt 01, 2009 @ 11:30:56
@penulis
kesalahan ke 8 adalah:
“Dia mengatur urusan dari langit ke Bumi, kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu” (Q.S. Sajdah ayat 5).
tak satupun menyiratkan akan cahaya di sana,
kalau pun benar malaikat adalah cahaya,
maka kecepatan jibil pastilah tidak dapat melebihi kecepatan cahaya.
dimana berbeda dengan pemikiran penulis dan Mahmud, bahwa Jibril bisa melebihi kecepatan cahaya.
Okt 01, 2009 @ 12:10:19
@penulis
kesalahan ke 9,
katakanlah persamaan dari Al Quran itu benar,
yang berkata urusan (cahaya) sehari kembali dalam 1000 tahun
jarak pusat bumi ke bulan = 384.403 km
maka kalau bulan mengelilingi bumi sekali rotasi (360 degree) maka
akan menempuh jarak
L(1) = 2 pi R
= 2.415.275,2816358 km
maka dalam 1000 tahun (12000 bulan) menempuh jarak
L(12000) = 12000 * L(1)
= 28.983.303.379,6291000 km ……(1)
nah semisal perhitangan Dr. Mansour ini benar,
C = 299.792,4998 km/saat
t =1 hari menurut penanggalan quranic 1 hari = 23 h 56 m 4.0906 s
so t = 86.164,0906 second
maka dalam 12000 bulan akan ditempuh sejauh:
=c * t
= 299.792,4998 * 86.164,0906
= 25.831.348.131,20050000 km…..(2)
maka
dengan membandingkan (1) dengan (2) akan ada selisih sebesar :
3.151.955.248,42855 km
semisal, persamaan satu tidak berlaku dengan menggunakan relatif bukan ke bumi
maka persamaan satu kita kali dengan cos a (dimana a = 26,92848 degree)
maka L = 28.983.303.379,6291000 * cos 26,92848
= 25.840.717.058.90070000 km
inipun masih ada sisa 9.368.927,70023727 km
Okt 01, 2009 @ 12:14:15
maka daripada sibuk2 dengan menghubung2kan Al Quran dengan kecepatan cahaya, lebih baik menyimpulkan, semua konstanta diciptakan TUHAN, supaya semua dalam keadaan teratur.
lihat blog saya di
http://hakadosh.wordpress.com/2009/10/01/konstanta
Okt 01, 2009 @ 12:29:06
@penulis
kesalahan ke 10
perhatikan rumus Anda:
V = (2 x phi x R) / T
R = jari-jari lintasan Bulan terhadap Bumi = 324264 km
T = kala Revolusi Bulan = 655,71986 jam, sehingga diperolehi
V = 3682,07 km / jam (sama dengan hasil yang diperoleh NASA)
Anda menyebut-nyebut NASA, tanpa membandingkan…
katakanlah semuanya itu benar, maka coba kita cari hesarnya phi
phi = (V*T)/(2*R)
= (3682,07*655,71986)/(2*324264)
= 3,72290236
salah besar bukan, salah kalau Anda tau berapa phi sebenarnya.
Okt 01, 2009 @ 14:46:06
parnobass, bagus hujah anda. Saya tak mengatakan anda salah atau betul. Saya akan kaji semula penemuan ini. Hakikatnya, perkaitan itu seudah termaktub dengan rapi di dalam Qur’an yang mulia. Ini keyakinan kami.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Okt 01, 2009 @ 14:54:59
ok, selamat mengkaji.
Shalom alenu
Okt 01, 2009 @ 15:11:34
@CosmicBoy
Hehe saudara kalau bukan Hikmatun dah close ruangan dialog tu, aku pasti bidas pandanganmu, mungkin sedikit lagi ko akan faham maksudku, agaknya aku terlalu berkias, dah lama aku tak menaip ni, sekarang ringan tangan ni kongsi pandangan.
Nantikan yerrr CosmicBoy!
By, Penghibur
Okt 01, 2009 @ 15:19:09
Penghibur,apakah maksud Anda saya CosmicBoy????
…
kami orang yang beda.
Okt 01, 2009 @ 15:35:48
@Penulis
kesalahan ke 11
penulis sepertinya tidak dapat membedaka antara
phi dengan pi
pi(π) = 3.14159
phi(φ) = 1.61803
Okt 01, 2009 @ 15:51:18
@penulis
kesalahan ke 12 (terakhir deh, supaya tidak terlalu banyak?
kesalahan fatal (sebenarnya sudah saya singgung di awal)
persamaan 12.000L, ini menandakan bahwa Dr. Mansour menghitung gerakan BULAN relative terhadap BUMI.
tetapi dengan memasukkan v = Ve cos a
menjadi relatif terhadap benda angksa lainnya (mungkin matahari)..
jadi inkonsisten dengan 12000L
Mac 30, 2010 @ 22:48:29
salam 2 all muslimeen..http://numerical19.tripod.com/angle_light_year.htm
How many light years does it take for the angels or spirit to reach Allah.
By Adnan Ahmad – LONDON UK
According to Holy Qur’an Surah Al Ma’arij (The Ascension or Rapture) Chapter 80 verse 4:
“The angels and the spirit ascend unto him in a day the measure is 50,000 years”
In the light of the Qur’an and modern science I will prove this theory.
It is a fact that light travels 186,000 miles per second, and 1 light year is equivalent to 5,865,696,000,000 miles.
References:
http://science.howstuffworks.com/question94.htm
http://www.physlink.com/Education/AskExperts/ae502.cfm
http://www.evgschool.org/learning_about%20_stars.htm
How many seconds are there in 1 year?
A: 60 x 60 x 24 x 365 = 31,536,000 seconds.
How many seconds in 50000 years?
A: 31,536,000 x 50000 = 1,576,800,000,000 seconds.
If there are 1,576,800,000,000 seconds in 50000 years, and if we multiply this by 186,000 (speed of light in miles/sec)
A: 1,576,800,000,000 x 186,000 = 293,284,800,000,000,000
This means angels and the spirit will cover a total 293,284,800,000,000,000 miles if travelling at the speed of light for 1,576,800,000,000 seconds
If we now divide 293,284,800,000,000,000 miles by the distance light travels in 1 light year, i.e. 5,865,696,000,000 miles
A: 293,284,800,000,000,000 = 50,000
5,865,696,000,000
Therefore it is a fact that it takes 50000 light years for the angels and the spirit to ascend Allah.
Considering it takes 4 light years to reach our nearest star, 50000 light years is a long way away!
All praise to Allah.
Adnan Ahmad.
LONDON UK
Sep 18, 2010 @ 01:07:39
1000 tahun = 1000x12x30x24x60x60 saat
halaju normal manusia boleh bergerak = 10 km/jam
jauh perjalanan = 10 x1000x12x30x24 km
dari langit ke bumi
masa di ambil malaikat sehari = 24 jam
laju malaikat bergerak = 3,600,000km/jam
Sep 18, 2010 @ 04:15:18
pandainya hampa suma ni…jeaolous aku
Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah « Hikmatun
Jan 21, 2012 @ 18:22:11
Nov 09, 2014 @ 09:24:41
Excellent site you’ve got here.. It’s hard to find high-quality writing like yours these days.
I really appreciate people like you! Take care!!
Feb 07, 2016 @ 04:51:08
berdasar sidereal, bulan berotasi terhadap bumi sebanyak 13x dalam setahun.
kacau tuh scientist.
Okt 05, 2022 @ 14:05:59
Reblogged this on Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
Okt 12, 2022 @ 08:18:26
SubhanAllah… Amat Bermanfaat….