Soalan.

1 – Apakah hukumnya jika seseorang itu di antara tugasnya ialah memandulkan kucing, anjing dan lain-lain binatang ternakan dengan alasan kucing dan anjing jika tidak dimandulkan akan menyulitkan lagi tuan punya binatang tersebut kerana beranak terlalu banyak.

2 – Adakah berdosa tuan punya anjing atau kucing meminta binatang mereka diberi suntikan supaya mati kerana tidak sanggup melihat binatangnya menderita akibat tua dan berpenyakit.

3 – Apakah hukumnya melakukan permainan beradas pada ternakan (persenyewaan tanpa menggunakan induk jantan) dengan alasan untuk mendapatkan anak yang baik?

Jawapan.

1 – Dengan dimandulkan binatang itu tidak berupaya menikmati seks dan ini juga bererti telah mencacatkan binatang tersebut. Islam memang menegah perbuatan zalim seperti ini. Soal binatang tersebut beranak terlalu banyak tidak timbul. Jika tidak suka membiak, jangan memelihara binatang sejak awal.

2 – Memberi suntikan yang sedemikian samalah seperti telah membunuh binatang tersebut. Ini berdosa.

3 – Permanian beradas terhadap ternakan harus dilakukan untuk mendapatkan anak yang baik.

Dipetik dari  Kemusykilan Agama, Dijawab oleh Ustaz Abu Bakar. Majalah Keluarga, Jun 1987.