Salaam alaikum w.b.t.. haaiizz, isy7, banyaknya kempen dalam tv dan radio sempena dengan menjelangnya pilihanraya akan datang ni. Saluran umum itu telah dijadikan saluran untuk berkempen, nampak terang-terang, kenapa lah yang melakukannya tu tak malu-malu ya? Isy7 rakyat sekarang dah bersekolah tinggi, orang dah boleh bukak mata tentang itu, nampak sangat meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Ketidak adilan dalam berkempen. Tidak adil lawannya apa? Of course la zalim 🙂

Maaf ya, saya tidak tuduh sesiapa, tetapi jika kita melakukan ketidak-adilan, maka itu lebih kurang lah dengan kita melakukan kezaliman. Saya hairan, zaman dulu, spesifiknya zaman nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat, para sahabat takut untuk menjadi pemimpin. Masing-masing berebut tidak mahu menjadi pemimpin. Tetapi hairannya, orang zaman sekarang bermati-matian mahu pertahankan jawatannya, sehingga sanggup melakukan taktik-taktik kotor, na’uzubillah. Tidak fahamkah kita, jawatan pemimpin yang dicari itu hanya kesenangan dunia, sedangkan nanti kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita pimpin. Ya Allah dasyat dan sulitnya tuu, tetapi kita duk berebut-rebut lagi nak jadi pemimpin, haiizzz.

Kalau orang dah pilih kita jadi pemimpin, maka kita jalankan sahaja tanggung jawab kita, sehingga orang dah tak hendak kita. Tak usahlah kita guna segala taktik kotor untuk membeli rakyat. Jika setakat memberi wang ehsan yang tak seberapa tu, lebih mahal lagi orang beli lembu. Adakah lembu lebih mahal dari kita? Hhhhmmm Jika duit itu digunakan untuk sogok rakyat, lebih-lebih lagi dekat nak mengundi ni, itu namanya apa wahai saudara-saudaraku? Itu lah RASUAH yang kita tak sedar. Perkara berlaku depan mata pun masih tak nampak eh? isy7 kesiaaaan. Semoga kita semua dapat hidayah ALlah , semoga kita tak dapat dibeli dengan wang ringgit sehingga akidah tergadai.

Matlamat untuk menegakkan HUKUM ALLAH / HUKUM HUDUD perlu diteruskan. Pemahaman perlu diberikan kepada semua rakyat betapa HUKUM ALLAH itu adalah THE BEST WAY OF LIFE. Satu peraturan hidup yang terbaik untuk kesejahteraan umat. Masalahnya sekarang masih ramai yang tidak faham dengan kesejahteraan dan keharmonian yang terhasil sekiranya kita mengamalkan HUKUM ALLAH. Adakah HUKUM LORD REID lebih baik dari HUKUM ALLAH? Hebat sangatkah LORD REID itu sehingga kita semua sanggup mematuhinya sekarang? Sila fikir dengan sedalam-dalamnya.🙂

Perlu diingat, bala datang tak mengira orang baik atau jahat, semua akan kena. Dah jika maksiat berleluasa, hiburan semakin melampau-lampau, tak mustahil Malaysia akan jadi seperti Bosnia, Lubnan dan sebagainya nanti. Suka sangatkah kita dengan kes-kes culik yang berleluasa sekarang? Kes-kes rompak, bunuh, bunuh diri, rogol, sumbang mahram, dadah, arak, rempit dan sebagainya. InsyaAllah jika sekiranya HUKUM ALLAH terlaksana, tidak terjadi semua itu. Tetapi kita masih degil, masih lagi mahu mengikut pusaka British yang ditinggalkan kepada kita. Mereka dahulu datang dengan mengorbankan ramai askar, menghabiskan banyak duit, masa dan tenaga. Adakah senang-senang mereka mahu memberikan kemerdekaan kepada Malaysia tanpa ada muslihat di sebaliknya? Tidak ingatkah kita Malaysia merdeka hanya dengan rundingan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dengan British? Mulia sungguh kah hati British untuk memberikan kita kemerdekaan senang-senang begitu sahaja? Tidak belajarkah kita dari sejarah, bahawa merek itu berdarah penjajah? Selalu menjajah negara orang? Walaupun sekarang mereka tidak menjajah fizikal, tetapi mereka menjajah mental kita kerana kita masih mengikuti cara mereka.

Tidak ingatkah kita bahawa ALlah telah memberi peringatan kepada kita bahawa tidak akan redha nasrani dan yahudi kepada kita, sehingga kita mengikut jejak langkah mereka?

Zaman kegemilangan Melaka dulu, HUKUM ALLAH telah tertegak di Tanah Melayu ini. HUKUM HUDUD telah diamalkan. Hasilnya keamanan dan hasil bumi di Malaysia melimpah ruah sampai sekarang. Sehinggalah datangnya penjajah-penjajah menimbulkan angkara di bumi kita kerana bumi mereka kureng hasil, maka mereka rampas hasil-mahsul dari tanah-tanah yang pernah mengamalkan HUKUM ALLAH ini. Tanah-tanah yang subur dan banyak hasil , berkat dari menjalankan HUKUM ALLAH di muka bumi. Sama macam negara-negara ARAB sana, yang banyak minyak. Sehinggakan Amerika (berketurunan penjajah) pergi menjajah ke sana pulak. Tentang penjajahan Amerika ini sudah ada di beritahu oleh Nabi kita dahulu di dalam hadith2 baginda. Tentang keturunan ROM yang akan menakluki wilayah Syam (negara-negara seperti Iraq, Syiria, dsbnya). Kalau saudara-saudara mahu tahu, keturunan ROM itu lah ramainya menetap di Amerika sekarang, berdarah keturunan penjajah.

Mungkin saya akan bercerita lagi mengenai perkara ini pada siri-siri akan datang, insyaAllah jika panjang umur. Cuma sekarang, saya masih senyum-senyum kambing, melihat betapa rakusnya kempen-kempen tersiar di televisyen , di samping mengutuk-ngutuk kerajaan Kelantan, dengan memaparkan rakyat-rakyat miskin di sana (macam lah negeri-negeri lain tidak ada rakyat miskin). Hehe taktik lama tu, saya yakin ramai yang dah buka mata sekarang. Hanya budak-budak sekolah tadika sahaja yang boleh terpengaruh dengan hasutan-hasutan itu.

Dah lah pada tiap-tiap khutbah Jumaat, tidak pernah tidak ada satu khutbah yang tidak memuji kerajaan sekarang, bermula dari Islam Hadhari ni, selalu khutbah memuji2 kerajaan. Adakah kita buat baik untuk dipuji? Apa hukumnya orang yang menunjuk-nunjuk dia buat baik? Tidak tahukah kita siapa yang memiliki sifat suka menunjuk-nunjuk kebaikan kepada orang ini?

Ditambah pula dengan bertubi-tubi kempen di televisyen sekarang untuk mempertahankan jawatan duniawi itu, haaiizzz. Bangunlah semua, bangkitlah untuk maju, tidak salah untuk maju, tetapi perlu diingat, jangan hanya maju material, rohani juga perlu maju. Jika kita terus biarkan kerajaan yang membiarkan maksiat berleluasa, hiburan tanpa batasan aurat dan sebagainya, ntah apa lah akan jadi di masa akan datang. Kalau perhimpunan-perhimpunan pembangkang boleh disekat dengan menghantar FRU dan polis, kalau sesiapa yang lantang bersuara boleh dikenakan ISA dengan sesedap rasa, mengapa hiburan tanpa batasan, maksiat berleluasa itu tidak cuba disekat? Adakah kerana sayangkan undi? Sehingga sanggup membiarkan para wanita memakai baju-baju ketat dan seksi berjoget-joget di atas pentas di khlayak ramai? Mana usaha untuk membanterasnya? Fikirlah sedalamnya wahai saudara-saudara ku, takutlah Allah kerana azabNya amatlah pedih. Haaiizzz, sedih2

Jangan menyesal, meratap, menangis di kemudian hari. Semoga kita mendapat hidayah ALlah, amiiin. Peace and justice for all. Allahu akbar!