Salaam alaikum w.b.t.. semoga semua nya sihat dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta. Sempena pilihanraya umum 8 Mac 2008 saya mahu ucapkan beberapa perkara yang ditujukan khusus untuk pengundi-pengundi semua. Adakah anda sudah bersedia? Apa, kerepek belum diambil? Ok cepat-cepat pergi ambil kerepek, kasi saya sekali nanti, lapar jugak nih!! Jangan lupa air teh o peng kurang asam satu😀

Pertama-tamanya kita perlu tahu, pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin. Apakah tugas seorang pemimpin? Pemimpin tugasnya adalah untuk memimpin dan membawa rakyat mengikut kehendak dan fahamannya. Maka kita perlu tanya diri kita, ke mana kita mahu pergi nanti? Kemudian kita tengok kepada pemimpin tersebut, sama seperti seorang ayah mahu menerima menantu, elokkah pekertinya? Taatkah dia pada agama? Jika isterinya sendiri pun dia biarkan tidak menutup aurat, bagaimana dengan perkara-perkara besar lain? Jika isterinya sendiri dia tidak cuba tarbiyah, bagaimana dia nak tarbiyah rakyat? Apa, takutkan isteri? Apakah hukumnya suami takutkan isteri membabi buta sampaikan menyuruh menutup aurat pun tidak mampu? 🙂 Bagaimana seorang pemimpin yang isterinya tidak menutup aurat boleh menjadi imam solat? Kalau orang biasa tu lain lah sikit, ini PEMIMPIN, PEMIMPIN wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Selalu kita kedengaran bahawa pemimpin kita selalu memberi dalil dari Quran tentang rakyat yang taat kepada Allah mesti taat kepada pemimpin. Tetapi kita perlu tanya balik, adakah pemimpin kita taat kepada ALlah? Taat kepada AlQuran dan Alhadith? Kena faham baik-baik bahawa kita hanya wajib taat kepada pemimpin yang taatkan Allah dan Hadith. Tetapi jika pemimpin sudah berani mempermainkan hukum ALlah, banyak membiarkan maksiat berleluasa, menindas rakyat, tidak berlaku adil dalam banyak hal, maka kita sudah tidak wajib taat kepada pemimpin tersebut.

Pemimpin asyik marah kepada rakyat kerana tidak taat kepada pemimpin dan sebagainya. Tetapi kenapa pemimpin itu tidak marah diri sendiri kerana tidak taat kepada Allah? Kita mengaku sebagai orang Islam, kepada siapa lagi kita nak taat melainkan kepada Allah dan Rasul? Ayat-ayat perintah Allah dalam Quran banyak yang dilanggar, banyak yang tidak dilaksanakan, macam mana nak jadi pemimpin? Jika tidak buat perkara sunat tu lain lah cerita, ini perkara wajib pun dengan selamber dilanggarnya, siap memperlekehkan lagi. Jika sekadar menjadi pemimpin untuk pembangunan material, ketahuilah, material ini semua nanti akan hancur, lapuk, semua ini hanya lah mainan dan sia-sia sahaja.

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.

(Surah Al-An‘am: 32)

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

(Surah Luqman: 6)

Siapa yang menjadi mangsa? Rakyaaat, rakyat hanya mengikut arus semasa. Jika pemimpin dah jenis yang sukakan hiburan tanpa batasan, menghalalkan banyak perkara haram, menindas di sana sini, kumpul harta untuk kroni-kroni, rampas hak rakyat, memperlekehkan hukum hudud, maka rakyat pun ikut sama ke arah kerosakan, kesiaaan.

Sebab itu kita sebagai rakyat perlu ikut segala perkembangan semasa, mesti mendengar dari semua pihak, jangan hanya mendengar dari sebelah pihak. Kita umat Islam adalah ibarat bangunan, mesti kuat menguat antara satu sama lain. Jika ramai yang mengambil sikap berkecuali macam mana kita nak kuat? Kalau kita tidak bersama-sama untuk membangunkan ummah dan prihatin pada nasib ummah macam mana nak menangkis serangan-serangan ideologi musuh-musuh Islam? Kalau kita tidak sama-sama menegur kemungkaran macam mana bumi kita nak mendapat rahmat? Jangan sampai datang bala yang besar baru nak terngadah wahai saudara-saudaraku! Waktu itu segalanya sudah terlambaaaaaat …….

Kita selalu membaca ayat di bawah ini

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Hanyasanya ucapan kaum mu’minin, apabila mereka diseru kepada jalan Allah dan RasulNya untuk memberikan hukum di antara mereka itu ialah mereka itu mengucapkan: “Kita semua mendengarkan dan mentaati.” Mereka itu adalah orang-orang yang berbahagia.” (an-Nur: 51)

Kita mengatakan kita orang yang beriman, tetapi mengapa Hukum Allah kita tidak taat, sehingga ada yang sanggup memperlekehkan? Imam Nawawi ada memberitahu hadith nabi dalam kitabnya Riyadhus Sholihin iaitu,

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Adakah engkau semua hendak mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh dua golongan ahlul kitab-kaum Nasrani dan Yahudi -yang hidup sebelummu semua ini, iaitu ucapan: “Kita mendengar tetapi kita menyalahi.” Tidak boleh sedemikian itu, tetapi ucapkanlah: “Kita mendengar dan kita mentaati. Kita memohonkan pengampunan padaMu, ya Tuhan kita, dan kepadaMu lah tempat kembali.”

Kita tengok kerajaan Kelantan, punya lah cermat dalam soal dosa pahala sehinggakan poster-poster yang ditampal di tempat-tempat awam pun sudah tiada yang mendedahkan aurat. Kan ke bagus tu wahai muslimin dan muslimat sekelian. Pembangunan Kelantan berjalan seperti biasa, ditambah pula dengan pembangunan rohani, masyaAllah cantiik.

Tetapi kerajaan pusat kita sekarang ini bukan setakat poster, tetapi hiburan yang melampau2 bercampur aduk lelaki perempuan dan tak menutup aurat pun dibiarkan berleluasa, malah ada yang menyokongnya lagi, na’uzubillah. Apa lah syok sangat dengan hiburan yang melebih-lebih jika akibatnya merana dan boleh mendatangkan banyak kerosakan?

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang-orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.

(Surah Al-A‘raf: 51)

Rakyat telah tersalah pilih jalan untuk menenangkan jiwa kerana dibiarkan berleluasa oleh pemimpin. Seperti mana seorang ayah senyum melihat anak perempuannya berjoget-joget, bergaul bebas di luar rumah, fikirlah wahai saudara-saudaraku semua. Kasihanilah diri kita dan bawak istighfar banyak2, insyaALlah selamat dunia akhirat.

Oleh itu, mengundi atau pilihanraya ini adalah bukan suatu perkara main-main atau perkara ringan. Ini adalah satu perkara untuk menentukan masa depan hidup kita di dunia dan akhirat. Janganlah sekali-kali kita memandang remeh dengan bersikap berkecuali, kelak kita akan di soal nanti, na’uzubillah. Kalau kita tidak mahu aktif sangat pun at least kita berdoa lah agar Allah S.w.t bagi hidayah kepada penduduk Malaysia ini agar memilih calon yang boleh membimbing kita ke arah hidup yang berpegang teguh kepada ajaran agama islam, bukan berpegang separuh tetapi tak pegang separuh. Yang wajib mesti didahulukan, jangan dahulukan yang fadhilat tetapi yang wajib terabai. Pokok pangkal perjalanan hidup memerlukan kepada undang-undang. Undang-undang itu dulu yang perlu diperbetulkan, barulah perkara-perkara lain boleh ditarbiyah. Jika kepala dah senget macam mana nak berjalan dengan betul?

Ingatlah, nasib rakyat yang menderita, nasib rakyat yang dizalimi, nasib rakyat yang ditindas, nasib rakyat yang tidak diberi haknya ditentukan selepas pilihanraya ini. Ingatlah jenayah-jenayah berleluasa kerana undang-undangnya pincang. “Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Jika kita sendiri tidak berusaha untuk berubah, maka jangan harap Malaysia dapat berubah. Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudaraku semua yang aku sayangi dan hormati 🙂

Kita tidak perlu takut untuk berubah, lihatlah kerajaan PAS yang pegang Kelantan sana, tiada penindasan berlaku, tiada kezaliman tiada rekod rasuah walaupun satu. Menteri Besar sendiri yang biasa bagi tazkirah dan syarahan agama. Betapa cantik dan indahnya tu wahai saudara-saudaraku semua. Barisan alternatif pun sudah ada pakar-pakarnya masing-masing sekarang dan ramai yang sudah banyak pengalaman dalam politik. InsyaALlah, jika kuasa pemerintahan Malaysia diberi kepada mereka, segala wang rakyat akan diuruskan dengan betul mengikut Islam, insyaAllah, saya yakin itu. Jika tidak, macam-macam ketidak adilan dilakukan pada wang rakyat sebagaimana berlaku sekarang. Kerajaan dah lah untung banyak, tetapi mengutip pulak wang rakyat dengan menaikan harga barang dan cukai. Ketahuilah, walaupun cukai atau harga naik 1o sen, tetapi jika dikali dengan penduduk yang berpuluh juta sudah menjadi berjuta ringgit. Itu kalau hanya pada satu barang, dah barang-barang lain yang melambak lagi tu macam mana?

Kerajaan mengutip duit rakyat , rakyat tak sedar, tetapi apabila kerajaan bagi cuma sedikiiit sahaja wang kepada rakyat sudah di gembar gembur dan menunjuk-nunjuk. Hehe sungguh pandai mereka ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu …….  Wahai saudara-saudaraku semua, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH ATAUPUN WAS-WAS. Yakinlah dengan janji ALlah, “……. Siapa yang bantu agama ALlah, Allah akan bantunya”.

Wallahu a’lam. yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan ambe sendiri. maaf andai ada salah dan silap. “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang bersalah adalah yang sentiasa bertaubat”. Taqobbalallahu minna wa minkum solehul a’maal. Jazaakumullahu khoirol jazaa’, wassalaam 🙂