Pesawat robotik angkasalepas yang mengelilingi planet Marikh telah dapat menangkap gambar beberapa runtuhan salji berhampiran kutub utara planet tersebut. Imej yang telah diambil pada bulan lepas itu telah mendedahkan 4 runtuhan salji dan debu tulin. Pesawat yang bernama Mars Reconnaissance Orbiter itu telah sampai ke Marikh pada tahun 2006 dan ia dapat menangkap beberapa gambar runtuhan-runtuhan ini pada sesi rondaan biasanya dalam mengesan perubahan cuaca di sana.

Tersangat jarang para saintis menemui perubahan-perubahan besar di Marikh seperti insiden ini. Runtuhan itu berlaku pada 19 Feb 2008, di bahagian kutub utara Marikh dan telah memecahkan tebing gunung yang setinggi 2,300 kaki.

Ulasan –> Rasionalnya di sini, mengapa lah Amerika sanggup berbelanja berbillion ringgit hanya untuk mengkaji keadaan di Marikh. Duit yang dikorek dari bermacam sumber (termasuk dengan cara yang tidak berperikemanusiaan) dibelanjakan untuk mengkaji keadaan tempat yang dicita-citakan untuk dihuni suatu ketika nanti. Apakah dapat cita-cita mereka direalisasikan? Sama-sama kita lihat jika umur kita masih ada …….