Salaam alaikum w.b.t… seperti biasa, khutbah Jumaat hari ini ada diselitkan dengan Hadhari 😀 Cuma tadi ada satu point yang saya nak ulas di sini. Ramai antara kita yang salah faham konsep bersyukur. Bersyukur kepada Allah bermakna kita berterima kasih kepada Allah, menambahkan pengabdian kepadaNya kerana telah terlalu banyak berbudi kepada kita, membuat kebaikan dengan mengelakkan sangka buruk kepada ALlah dan tidak puas hati dengan apa yang diterima.

Tetapi ramai kita hari ini bersyukur dengan menambah kemaksiatan, bergaul lelaki perempuan tanpa batasan, berseronok dengan dunia hingga kan lupa kepada dosa pahala. Itu bukan bersyukur namanya, itu tidak mengenang budi dan tidak sedar diri namanya. Membiarkan maksiat berleluasa, dosa-dosa besar dibuat selamber, busuk hati dan berbuat jahat sesama manusia bukan tandanya kita bersyukur. Itu tandanya kita telah lupa dengan nikmat yang kita kecapi selama ini.

Marilah kita bersyukur yang benar-benar bersyukur dengan mengabdikan diri kita kepada ALlah dan membantu agama yang diredhaiNya iaitu agama Islam. Di kesempatan ini saya mahu ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, SELAMAT MENGUNDI PADA PILIHANRAYA KE 12 ESOK. Semoga Allah memberkati, merahmati dan mengampuni segala dosa-dosa kita semua, amiiinn 🙂