Salaam alaikum w.b.t… Sebuah bas pengundi hantu telah dapat ditahan tadi berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu ( di masjid Kuala Ibai). Bas tersebut yang membawa bendera PAS dan Keadilan tetapi sebenarnya adalah bakal pengundi hantu yang mewakili BN. Setelah disiasat, kebanyakan mereka adalah warga Indonesia, isy7 macam2 hal.

Dan telah dilihat sebanyak 12 bas telah masuk ke perkarangan Wisma Darul Iman. Mengapa tiba-tiba ada 12 buah bas masuk ke situ? Ianya masih lagi dalam perhatian. Kita tunggu dan lihat sahaja apakah taktik BN kali ini ……. Semoga ALlah tidak mengizinkan orang-orang yang berniat jahat dan bermain taktik kotor berjaya pada tahun ini, amiiiin.

 

Update terkini (12:28am – 8 Mac):

12 bas tadi tu telah disiasat tadi dan ramai petugas-petugas PAS telah menunggu di perkarangan Wisma Darul Iman untuk menjaga bas-bas tadi. Telah ditanya kepada orang-orang yang menaiki bas tadi. Antara mereka adalah orang-orang Indon, Thailand, Burma dan juga student-student IPT , isy7. Mereka telah ditanya siapa yang menyuruh mereka datang? Mereka mengatakan mereka tidak tahu tujuan sebenar mereka ke situ dan telah diarah oleh orang-orang BN untuk berkumpul di situ. Mungkin akan diberikan taklimat kemudiannya…….

 

Update terkini (2:25pm – 8 Mac):

Hari ini sahaja yang saya dapat maklumat dari saudara2 dan rakan-rakan saya kat sini dah berpuluh-puluh buah bas yang begitu mencurigakan, belum lagi yang kat tempat-tempat lain tuuu, isy7. Mengapalah musim-musim pilihanraya gini pun banyak bas-bas gini eh? Tak ke pelik tuuu …….

Dan seperti biasa, akhbar umum hari ini mengatakan penyokong-penyokong PAS telah menyerang bas student IPT. HEhe ingat penyokong-penyokong PAS tu bodoh sangat ke tak ada kerja nak serang bas pelajar semata-mata tanpa asas dan sebab yang kukuh? Di manakah akal kita yang waras? Kalau baca dari satu pihak memang la kita akan dikaburkan, cuba la baca belaka dari kedua-dua pihak, barulah kita boleh nilai mana benar mana palsu, mana baik mana buruk. Akhbar tempatan itu maksum ke, tak ada buat silap langsung ke? Dan pihak-pihak wartawan pulak, jangan lah kerana periuk nasi hingga sanggup menipu dan memfitnah, tiada berkatnya makan hasil duit dari kerja-kerja begitu. Dan balasan nanti lebih teruk akan diterima, kalau dah biasa sangat buat kerja-kerja menipu dan fitnah, dosa pahala pun makin jadi tidak kenal nanti, na’uzubillah …….

Ini tak termasuk lagi dengan taktik pada kertas undi itu. Yang dikatakan diletak bahan kimia yang mana kalau kita pangkah bulan, dan dilipat, ia akan berbekas juga pada bahagian BN. Bermakna undi itu kemungkinan dikira undi rosak, isy7. Yang ini belum pasti kebenarannya tetapi sudah banyak aduan mengatakannya. Kita tunggu dan lihat nanti …….