Salaam alaikum w.b.t. alhamdulillah, 5 negeri telah berjaya ditawan oleh pembangkang. Satu rekod baru dan satu permulaan yang baik walaupun ada risiko-risiko tertentu. Walaupun tidak berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan utama, tetapi rekod ini membawa kepada satu anjakan paradigma yang memberangsangkan. Usaha yang lebih kuat perlu diatur dan dilaksanakan agar 4 tahun akan datang ini Malaysia akan berjaya diambil alih terutamanya oleh Barisan Alternatif yang diterajui oleh PAS.

Walaupun sedikit terkilan kerana Terengganu, negeri yang begitu kuat dengan penyokong pembangkang dan nampak nyata telah menguasai secara bilangan penyokong oleh parti PAS, tetapi tiba-tiba kalah pada pilihanraya ini. Satu tanda tanya yang tidak masuk akal menerpa fikiranku hehe. Walau apa pun, memang ada something wrong di sini. tetapi tak apa lah, Allah ganti dengan negeri-negeri lain yang bertambah bilangannya, ada hikmah di sebalik semua ini. Semoga kita yang berjuang untuk menegakkan keadilan tidak mudah berputus asa dengan ujian-ujian yang diterima dan teruskan di jalan ALlah , insyaAllah!

Dan saya yakin, ini merupakan satu titik permulaan ke arah menakluki Malaysia keseluruhannya. 4 tahun akan datang, naluriku kuat mengatakan bahawa Malaysia akan bertukar pucuk pimpinan, insyaAllah!

Adalah diharapkan kita sesama ummah perlu banyak bersabar, jangan bertengkar dan perlu bersatu demi agama, dan negara tercinta. Perkataan bangsa tidak perlu digunakan lagi dan diharapkan kita semua akan menuju ke arah bersatu dan menjadi hamba ALlah yang soleh. Yang buruk sama-sama kita baiki dan sama-sama menuju ke arah kecemerlangan dari segi rohani dan jasmani. Peace and justice for all, Allahu akbar! 🙂