Saintis telah menemui bukti bahawa terdapat selautan cecair yang tersembunyi di bawah permukaan bulan planet Zuhal yang terbesar iaitu Titan. Jika ianya disahkan, bermakna kajian lanjut tentang kemungkinan lautan itu dapat menyokong kehidupan.

Bukti terakhir tentang kewujudan lautan ini adalah tidak langsung dan berdasarkan kepada analisa imej radar dan kadar pusingan Titan daripada pemerhatian oleh pesawat angkasa Cassini antarabangsa dari 2004 hingga 2007. Saintis menemui beberapa bukit pasir, saluran, tasik dan ciri-ciri geologi yang lain di permukaan Titan yang berlonggok dari titik yang tetap yang biasanya adalah hasil dari penambahan pusingan bulan.

Menurut ketua pengarang dari Universiti John Hopkins iaitu Ralph Lorenz, jika ianya benar-benar wujud, ianya mungkin terbenam sedalam 62 batu di bawah ais dan tercipta dari air dan kesan ammonia. Pesawat angkasalepas Cassini sebelum ini telah menjumpai lautan hidrokarbon pada permukaan Titan.

Sumber : AP