Salaam alaikum w.b.t… Sedih bila mendengar ramai para ibubapa yang tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah agama walaupun mereka begitu berharap agar anak-anak mereka dapat meneruskan pengajian di sekolah menengah agama. Ini kerana sekarang boleh dikatakan semua sekolah menengah agama kerajaan hanya memilih pelajar-pelajar yang mendapat 5A ataupun sekurang-kurangnya ada beberapa A.

Maka bagi pelajar-pelajar yang tidak memperolehi A dalam UPSR, maka gelap peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah agama. Sebagai contoh kat Terengganu ni, Sekolah menengah Agama Setiu antara sekolah agama terakhir yang dapat pelajar masuki jika tidak diterima ke sekolah menengah agama yang lain. Kalau tahun lepas pelajar-pelajar yang dapat 1A sahaja pun masih lagi dapat pergi ke situ. Tetapi tahun ini sudah tidak ada harapan lagi, malang sungguh.

Harapan bagi pelajar-pelajar yang kurang cemerlang yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah agama kerajaan begitu tipis sekali sekarang. Mengapa lah sampai begitu sekali berlaku? Sepatutnya kena buka peluang seluasnya bagi pelajar untuk mendalami agama tetapi ia seumpama disekat-sekat sekarang. Apatah lagi macam Sekolah Agama Setiu itu tahun lepas masih lagi tak dipegang oleh kerajaan pusat, tahun ini mula dipegang oleh kerajaan pusat.

Ramai ibu-bapa mengeluh kerana harapan untuk melihat anak-anak mereka ke sekolah agama hancur, kesiaaaaan. Mengapalah perlu memilih pelajar cemerlang UPSR sahaja untuk ke sekolah agama? Apakah agenda di sebalik ini? Sedangkan agama untuk SEMUA! Bukan untuk golongan yang cemerlang sahaja, tetapi mengapa harus dipilih-pilih seperti yang berlaku sekarang? Isy7 fikir-fikirkan lah yaa ayyuhal ikhwah …….