Salaam alaikum w.b.t.. Adakah soalan ini terlalu kasar bunyinya? Mmmmm sama ada kasar atau tidak, ini merupakan persoalan penting yang perlu dijawab segera. Ada yang mengatakan pilihanraya tidak patut digunakan untuk menegakkan Islam kerana ia adalah cara yang dibuat oleh taghut. Manakala ada juga yang mengatakan ianya tidak menjadi masalah kerana pilihanraya juga merupakan satu cara pemilihan pemimpin. Kerana dalam Islam, pemimpin perlu dipilih oleh rakyat. Maka ia tidak bertentangan dengan Islam.

Diharap persoalan ini tidak dipandang ringan kerana ia melibatkan masalah pemerintahan sesebuah negara dan pegangan kita. Dan saya tahu ada banyak pendapat tentang persoalan ini. Sila kemukakan hujjah anda masing-masing beserta dalil-dalil yang kukuh agar kita dapat merungkaikan persoalan ini bersama insyaAllah. Ma’assalaamah 🙂