Salaam alaikum w.b.t… alhamdulillah, meriah dan hebat sungguh ceramah perdana bertajuk Tsunami PRU 12 yang dianjurkan oleh PAS start pukul 9:30 malam tadi di Rusila, Marang, Terengganu yang dihadiri oleh panel-panel seperti Datuk Mat Sabu, Ustaz Azizan MB Kedah, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi. Beribu-ribu lemon juga agak2nya yang hadir tadi, masyaAllah!

Memang terlalu banyak point2 penting jika hendak diulas tadi tetapi saya pun tak dapat ingat semuanya hehe. Cuma point-point penting yang saya ingat antaranya yang disampaikan oleh saudara Mat Sabu ialah tentang gelombang kebangkitan rakyat ini disebabkan oleh beberapa sebab utama. Antaranya ialah kerana harga barang naik, penindasan-penindasan yang dilakukan oleh kerajaan, kebangkitan kaum India, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak lupa Mat Sabu menyebut tentang pengaruh para BLOGGER. Ini tidak pernah disentuh sebelum-sebelum ini tetapi sekarang, BLOGGER sudah menjadi antara peranan utama ke arah perubahan minda rakyat, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya rakyat mempunyai sumber info yang pelbagai, bukan hanya sempit dengan TV dan radio semata yang secara nyatanya hanya membela BN.

Ustaz Azizan MB Kedah menerangkan tentang pemerintahannya yang tidak pilih kasih dan mereka memberi penerangan yang jelasnya kepada pihak-pihak tertentu agar tidak takut dengan kerajaan PAS di Kedah itu. Tidak ada paksaan akan dikenakan, dan sekolah-sekolah Tabika pun tidak akan dirombak dan macam-macam lagi. Pendek kata, mereka tidak akan cuba membalas dendam ataupun memaksa mana-mana pihak untuk menyokong PAS. Siapa-siapa pun bebas untuk menyokong mana-mana asalkan kerjasama dapat dijalankan dengan baik.

Dan saya amat tertarik dengan hujjah-hujjah Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menceritakan tentang sejarah perjuangan PAS serba sedikit dan ada satu ayat dari AlQuran yang saya lupa Surah apa (kerana tak perasan masa dia bagitahu tu) , moga-moga saya akan terjumpa selepas ini dalam Surah mana. Tentang maksud ALlah memberitahu, ada kalanya Islam akan menang dengan dibantu oleh yang bukan Islam. Sama lah keadaannya seperti yang berlaku sekarang, di mana orang bukan Islam terutamanya orang-orang Hindu yang banyak membantu kebangkitan PAS.

Di sini kita lihat pertolongan ALlah boleh datang dari mana-mana sahaja. Walaupun orang Islam sendiri yang tidak mahu perjuangkan Islam, nah ada orang-orang bukan Islam yang sanggup membantu. Isy7 tak ke malu kita wahai orang Islam? 🙂

Dan Haji Abdul Hadi juga mengupas isunya berpelukan dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.  Itu pun hendak dijadikan isu oleh BN, sedangkan menyentuh lelaki bukan lah batal air sembahyang dan bukannya haram pun di dalam Islam. Bukannya peluk dengan ghairah ke apa, tetapi peluk sebagai kawan yang menunjukkan hormat pada dia. Itupun dikatakan haram oleh BN. Tetapi pemimpin BN bersalam dan peluk Michele Yeoh tidak dikatakan haram pulak. Dah terbalik nampaknya sekarang, betapa tak fahamnya tentang hukum, kesiaaaaan.

Dan tak kurang hebat juga sambutan rakyat Terengganu terhadap Sultan Mizan yang balik siang tadi (pagi semalam lah kiranya) yang puluhan ribu berkumpul di Lapangan Terbang Telaga Batin, Kuala Terengganu .