Salaam alaikum w.b.t…. Fitna The movie , video pendek selama 15 minit yang dimulakan dengan menonjolkan gambar kartun yang diatas kepalanya ada bom yang kononnya Nabi Muhammad, memaparkan tentang kezaliman Islam, kononnya. Video ini akan menimbulkan kemarahan Umat Islam sedunia, terlalu jelas nampak propaganda dan rekaan untuk memburuk-burukkan Islam yang berat sebelah. Sila saksikan video Fitna the movie.

Belanda lupa, bahawa mengikut sejarah, mereka lah bangsa yang kuat menjajah negara lain satu waktu dahulu. Mereka lah suatu bangsa yang menyebabkan banyak pertumpahan darah, pergi menjajah ke negara-negara yang lemah semata-mata mahu mendapat kan hasil bumi negara-negara tadi untuk memberi makan kepada anak cucu mereka. Biar orang lain dibunuh dan diseksa, asalkan anak cucu mereka kenyang, isy7. Dan mereka masih menjajah pun iaitu menjajah minda manusia sama seperti British dan Amerika. Ini lah seperti mana ada pepatah Arab yang bermaksud, “mereka memukul tetapi mereka sendiri yang menangis”.

Dalam video itu mereka menunjukkan rintihan segelintir kecil umat Islam yang tunjuk perasaan. Tetapi adakah mereka tanya mengapa muslim-muslim itu tunjuk perasaan??? Mereka hanya menunjukkan apa yang hanya sebahagian kecil orang Islam buat, sedangkan orang Islam itu pun hanya mengikut emosi mereka (mungkin kerana tidak tahan tekanan) . Mereka hanya membalas balik kekejaman yang dilakukan oleh YAHUDI. Tak nampakkah kita macam mana YAHUDI di Israel sana yang menyeksa, membunuh rakyat Palestine?

Dan kebanyakan video itu pun menunjukkan keganasan yang sebenarnya tidak pasti siapa yang lakukan. Contohnya kapal terbang yang melanggar bangunan WTC itu. Tiada bukti pun yang menyatakan kapal terbang itu betul-betul merupakan serangan dari orang Islam. Yang saya tahu, itu hanya propaganda mereka untuk memburuk-burukkan orang Islam. Dah tak ada cara lain mereka mahu memburukkan Islam melainkan dengan melakukan fitnah.

Dan tak nampak kah kita bagaimana Amerika bertindak terhadap umat Islam di Timur Tengah? Amerika menyerang negara Islam yang semata-mata kerana mahukan minyak yang banyak di negara tersebut. Mereka membuat propaganda ada orang Islam yang bertindak ganas. Tetapi mereka menyembunyikan keganasan mereka yang pada hakikatnya mereka lah yang mulakan dulu. Betapa berat sebelah hanya menyiarkan video orang Islam tanpa menunjukkan sedikit pun keganasan mereka.

Dan lebih teruk lagi, video-video itu dibandingkan dengan ayat2 AlQuran, yang kononnya AlQuran itu lah yang mengajar melakukan kezaliman. Pada hal ayat2 Quran itu diturunkan untuk menentang musyrikin YANG MAHU MENGHANCURKAN ISLAM terlebih dahulu. Membela diri dan agama adalah berbeza sekali dengan menyerang terlebih dahulu. Islam tidak pernah mengajar menyerang dahulu melainkan diizinkan untuk mempertahankan diri dan membela agama yang tercinta!

Dan pada akhir zaman Islam akan berperang dengan yahudi kerana itu lah, kerana kesombongan mereka sendiri yang tak habis habis cari pasal dengan umat Islam, macam sekarang ni la. Mereka ni selagi umat Islam tak mengikut jejak mereka, selagi itu mereka tidak redha, astaghfirullah. Suatu kaum yang begitu sombong dengan keturunan mereka, berbangga dengan keturunan hingga sanggup menghina, menindas, menzalimi kaum selain dari mereka!

Saya mahu tanya anda, jika ada orang pecah masuk ke rumah anda, masuk ke tempat anda dan mencuri harta-benda anda, menghuru-harakan keadaan anda, mencabul isteri atau adik anda dan seumpamanya, anda marah atau tidak?   Adakah anda akan biarkan sahaja dan menyaksikannya dengan senyum lebar? Sudah tentu anda akan marah yang amat bukan? Haa, begitulah dengan rakyat Iraq yang marah Amerika menjajah dan mengganggu-gugat negara mereka. Begitu lah perasaan rakyat Palestine yang mana tanah mereka diceroboh dan cuba dirampas oleh Zionis, ditindas dan dizalimi dengan sewenang-wenangnya. Maka salahkah mereka marah kerana hak mereka dicabuli? Salahkah mereka marah kerana mempertahankan hak mereka? Salahkah mereka membela nasib mereka?

Yahudi tidak patut merasa diri mereka sahaja yang mulia di muka bumi ini. Kita semua adalah manusia, ada hati dan perasaan. Kita semua berasal dari bapa dan ibu yang sama iaitu Adam dan Hawa. Maka mengapakah kita masih mahu menindas, menzalimi dan menjajah sesama manusia? Fikir-fikirkan lah wahai anak2 Adam!