Assalaamu’alaikum w.b.t……. Mungkin ramai yang dah tahu risiko mengklik link dalam email yang sampai kepada anda. Tetapi saya mahu mengingatkan di sini kepada mereka yang sudah lupa dan sebagai pemberitahuan kepada mereka yang masih tidak tahu. Sebaiknya jangan amalkan mengklik link dalam email anda. Kenapa? Kerana ianya berisiko untuk anda dijangkiti virus trojan keylogger.

 

Bagaimana ia bertindak? Biasanya email-email spam dari scammer-scammer mengandungi virus yang bernama keylogger. Virus-virus itu akan aktif sebaik sahaja anda klik link yang menghubungkan kepada nya dan secara automatik anda mendownload virus keylogger itu ke pc anda tanpa anda sedari. Bukan semua email mengandungi virus tersebut, tetapi berhati-hatilah pada email yang dicurigai dan tidak dikenali asal usulnya.

 

Apa yang dilakukan oleh keylogger tadi? Keylogger tadi kemungkinan besar akan mengambil-alih pc anda dengan menghantar maklumat-maklumat peribadi anda ke laman web tuan punya dia, dan mengintip segala pergerakan anda dalam pc anda. Maka adalah satu kerja bahaya bagi mereka-mereka yang berurusan bisnes dalam talian apabila keylogger ini ada pada pc anda. 

Dan satu lagi kerja lain keylogger adalah mengintip password anda. Apabila anda menaip password pada kotak password di sesuatu laman web, virus keylogger ini merakamkannya dan menghantarnya ke laman web tuan dia. Sebab itu adalah dinasihatkan, jangan amalkan juga menaip password secara direct pada kotak password. Tetapi cuba lah menaip terlebih dahulu dalam Notepad , Word dan seumpamanya, kemudian copy dan paste ke dalam kotak password pada laman web yang kita mahu login tadi. Kerana biasanya, keylogger hanya membaca apa yang kita taip dalam kotak password tersebut. Biar lambat asal selamat! All the best dan ma’assalaamah🙂